Purpose – This research was aimed at showing the impact of a teaching strategy called the Quantum Teaching Strategy on students’ academic achievements in two school subjects, namely in Bahasa Indonesia and Science, in comparison to that experienced through classes using a conventional teaching strategy. This research also examined the role of self-esteem on the students’ academic achievements in both the subjects in inclusive schools in Indonesia. Methodology – This research was a quasi-experimental study on two intact groups of sixth graders of two different inclusive schools. The sample was assigned through multi-staged cluster sampling from 78 elementary schools in 15 sub-district areas. The data on student academic achievements was collected by means of tests, while the data on self-esteem were obtained through a questionnaire. T-test was used to analyze the different impacts of the Quantum Teaching Strategy and conventional teaching strategy on the academic achievements of students, while ANCOVA was applied to determine whether the students’ self-esteem infl uenced their academic achievements in Bahasa Indonesia and Science. Findings – The t-test showed that the Quantum Teaching Strategy had a better impact on both Bahasa Indonesia and Science achievements as compared to the conventional teaching strategy. Significance – Findings of this study can be used as a guide for planning and using Quantum Teaching Strategy in teaching and learning Bahasa Indonesia and Science in inclusive schools.
Bidang pendidikan memerlukan guru-guru yang berkualiti kerana proses penghasilan guru-guru yang berkualiti dapat menjamin keberkesanan pengajaran.Buku Pedagogi: Dari Sekolah ke Institut Pendidikan Tinggi ini diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian yang berkaitan dengan pendidikan khususnya untuk pensyarah, pendidik dan bakal pendidik.Buku ini membincangkan amalan-amalan penting dalam pedagogi.Antara kandungan buku ini ialah perbincangan tentang konsep pedagogi dan pengajaran serta konsep ilmu dalam bidang pendidikan.Seterusnya perbincangan tentang model-model pengajaran, mengenal pasti dan membezakan pelbagai jenis model pengajaran dan menjelaskan kepentingan model pengajaran.Seterusnya pelbagai gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar serta kajian-kajian tentang gaya pengajaran dan gaya pembelajaran pelajar juga dibincangkan.Oleh kerana terdapat pelbagai kekeliruan tentang konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, buku ini cuba membezakan konsep-konsep tersebut.Selain itu, huraian terhadap pelbagai jenis pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan juga menjelaskan kekuatan dan kelemahan setiap kaedah dan teknik pengajaran juga dimasukkan.Buku ini juga membincangkan beberapa pendekatan pengajaran yang semakin popular dewasa ini iaitu pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan kes.Selain itu, pembelajaran masteri dan pembelajaran koperatif juga dimasukkan.Akhir sekali, buku ini juga membincangkan pengajaran berkesan dari segi dimensi, ciri-ciri pengajaran berkesan daripada pandangan sarjana dan beberapa kajian lalu terhadap sebuah pengajaran yang berkesan.
ABSTRAK:Kajian ini bertujuan meninjau hubungan keadilan penilaian prestasi dengan komitmen organisasi guru sekolah. Sebanyak 86 buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Kedah dan Perlis terlibat dalam kajian ini. Keputusan kajian mendapati kedua-dua aspek keadilan penilaian prestasi serta komitmen organisasi dalam kalangan guru adalah tidak begitu memberangsangkan. Keputusan kajian juga menunjukkan kedua-dua dimensi keadilan penilaian prestasi mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan komitmen organisasi guru.KATA KUNCI:Keadilan;penilaian prestasi, guru; komitmen organisasi. PENGENALAN
ABSTRAK:Pembelajaran abad ke-21 memberi penekanan kepada komunikasi, kolaborasi, kritikal dan kreativiti namun sehingga kini, masih ramai guru pelatih masih mengamalkan pembelajaran berpusatkan guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah amalan pedagogi berpusatkan pelajar oleh guru pelatih program pensiswazahan guru (PPG) yang mengikuti program latihan mengajarmanakala secara khususnya kajian ini bertujuan untuk menjelaskan (a) kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran berpusatkan pelajar yang sering digunakan semasa praktikum, (b) respons pelajar terhadap aktiviti berpusatkan pelajar yang digunakan semasa praktikum dan (c) meneroka masalah-masalah utama guru pelatih dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif yang melibatkan empat guru pelatih mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di Kedah yang sedang mengikuti PPG di Universiti Utara Malaysia. Data kajian dikumpul melalui temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis refleksi guru pelatih.KATA KUNCI: Amalan pedagogi berpusatkan pelajar, Program Pensiswazahan Guru, Latihan mengajar PENGENALAN Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha mengangkat pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara dan meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai satu institusi perkembangan ilmu. Salah satu daripada agenda dalam Pelan Transformasi Pendidikan Nasional (2015-2025) ialah mengangkat kualiti guru.Menurut Wan Mohd Zaki (1993), sehubungan dengan hasrat kerajaan ke arah pendidikan bertaraf dunia ini, para pendidik harus membuat anjakan paradigm terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran yang dipilih dalam bilik darjah. Justeru itu, para pendidik perlulah sentiasa mengenal pasti kelemahan pelajar dan menyediakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan dapat menarik minat pelajar.Latihan mengajar atau praktikum ialah kursus yang wajib dilalui oleh semua guru pelatIh di Universiti Utara Malaysia. Tempoh mereka menjalani praktikum ialah selama 12 minggu iaitu pada semester akhir. Semasa praktikum, semua guru pelatih yang telah menyandang jawatan sebagai guru dan setiap mereka adalah
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.