Kesopanan adalah cerminan fizikal dan psikologi manusia yang berkaitan dengan budaya dan akal budi sesebuah masyarakat. Kesopanan jelas tergambar melalui komunikasi antara manusia, atau melalui saluran seperti media sama ada bercetak mahupun elektronik. Filem animasi merupakan salah satu bentuk hiburan secara media elektronik yang semakin popular terutama bagi kanakkanak. Pengaruh media elektronik sangat besar dalam kehidupan kanak-kanak. Mereka mudah meniru sesuatu yang ditonton. Jadi, dalam mengejar arus dunia maju tanpa sempadan, aspek kesopanan dalam komunikasi tidak boleh dipinggirkan. Hal ini kerana pemaparan sahsiah diri yang baik adalah melalui kesopanan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan aspek kesopanan yang ditonjolkan di dalam filem animasi kanak-kanak tempatan iaitu filem animasi Bola Kampong The Movie (2013), iaitu filem animasi 3D stereoskopik bahasa Melayu pertama di Malaysia. Konsep kesopanan diteliti dalam peristiwa bahasa mengikut pendekatan Asmah Haji Omar (2000) yang secara langsung berkaitan dengan prinsip etnografi pertuturan oleh Dell Hymes (1974). Kajian ini menggunakan korpus filem, data kajian ditranskripsi dalam bentuk bertulis, diiseh dan dihuraikan berdasarkan pendekatan yang telah dinyatakan. Hasil kajian menunjukkan kesopanan asas dan kesopanan kendala adalah berdasarkan konteks penggunaan. Beberapa aspek kesopanan yang ditonjolkan bergantung kepada faktor-faktor pemeran, latar, judul, sebab, dan cara komunikasi. Aspek kesopanan ini amat perlu dalam filem animasi kanak-kanak kerana pengaruh media amat berperanan dalam kehidupan generasi hari ini dan akan datang.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.