Perencatan aktiviti xantin oksidase (XO) merupakan satu pendekatan terapeutik yang berkesan dalam rawatan penyakit seperti gout dan hiperurikemia. Selain itu, penggunaan perencat XO juga dapat diluaskan kepada rawatan kecederaan contohnya reperfusi iskemia di pelbagai organ seperti jantung, hati dan buah pinggang. Dalam kajian ini, sebanyak 7 sebatian auron telah disintesis dan diuji ke atas XO dan dibandingkan dengan kawalan positif allopurinol. Sebatian 5e dikenalpasti sebagai sebatian yang paling berpotensi dan mampu merencatkan separuh daripada aktiviti XO pada 33.23 μM diikuti oleh sebatian 5f pada 210.22 μM dan sebatian 5d pada 302.0 μM. Kajian dok molekul telah dijalankan untuk memahami interaksi penting antara auron yang terpilih dengan tapak aktif XO.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.