Sebagai wilayah pendidikan utama, Zhengzhou, Henan di China setiap tahun mempunyai hampir satu juta pelajar mengambil peperiksaan kemasukan kolej, maka ibu bapa memberi perhatian yang besar terhadap pendidikan anak-anak mereka dari prasekolah. Buku audio dipilih sebagai medium pembelajaran yang utama kepada kanak-kanak mereka. Tetapi, kepuasan penggunaan buku audio kurang dikaji di tempat ini. Prestasi kanak-kanak menggunakan buku audio mempengaruhi tahap kepuasan ibu bapa terhadap buku audio secara langsung dan seterusnya menguasai perkembangan pasaran dan jangkaan ekonomi buku audio. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang jelas tentang situasi penggunaan buku audio dan kepuasan ibu bapa terhadap penggunaan buku audio oleh kanak-kanak mereka serta mempertingkatkan perkembangan kanak-kanak prasekolah secara keseluruhannya dengan lebih baik. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kuantitatif dan soal selidik telah diedarkan kepada seramai 414 orang responden dalam kalangan ibu bapa. Analisis Regresi Berganda telah dijalankan untuk menguji hubungan antara ciri-ciri buku audio dan kepuasan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa majoriti ibu bapa berpuas hati dan mempercayai buku audio dapat meningkatkan kognisi dan pengetahuan kanak-kanak.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.