Kajian analisis keperluan ini memberi fokus kepada kepentingan membina alat sokongan pengajaran dan pembelajaran makmal yang boleh diaplikasi secara berfokus terhadap objektif dan keperluan kumpulan sasaran. Dalam kajian analisis keperluan bagi pembangunan modul amali RASPHY, penentuan punca masalah dan topik yang paling sukar merupakan fokus utama bagi memastikan modul yang dihasilkan membantu pelajar dan pensyarah dalam pembelajaran subjek fizik di kolej matrikulasi. Seramai 203 orang responden yang terdiri daripada 173 pelajar dan 30 pensyarah fizik dari semua kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat dalam kajian analisis keperluan ini. Dapatan kajian ini mendapati majoriti responden setuju bahawa amali fizik yang dijalankan secara konvensional memerlukan pembaharuan untuk meningkatkan kefahaman dan minat mereka dalam menjalankan amali secara lebih optimum. Selain itu topik yang paling sukar yang menjadi pilihan utama responden adalah topik Elektrik iaitu topik ke tujuh belas dalam sukatan pelajaran fizik program matrikulasi. Dengan pembangunan modul amali RASPHY yang menggunakan teknologi Raspberry Pi adalah diharapkan dapat membantu pelajar dan pensyarah dalam meningkatkan pencapaian, sikap terhadap STEM dan minat pelajar matrikulasi dalam topik Elektrik.

scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.