Pencapaian pelajar dianggap sebagai petunjuk penting dalam prestasi akademik yang cemerlang. Pencapaian akademik pelajar adalah sesuatu perkara yang dicapai pada tahap kemajuan melalui usaha dan ketekunan individu terhadap penguasaan ilmu atau kemahiran yang dipelajarinya berdasarkan kepada nilai mata yang dikumpulkannya. Pencapaian akademik yang tidak memberangsangkan menjadi buah mulut para pemimpin, tokoh-tokoh akademik dan masyarakat kerana gejala ini menyumbang kepada kadar pengangguran di Malaysia. Pelajar keluaran universiti sering diperkatakan kurang berkualiti dan tidak mempunyai daya tahan mental yang kental. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan literatur bersistematik terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menggunakan Model Prisma. Tiga enjin carian digunakan iaitu Google Scholar, Research Gate dan Academia dan selepas proses saringan dilakukan sebanyak 17 buah artikel telah diterima berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan. Dapatan menunjukkan terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar iaitu faktor guru, faktor pelajar, faktor sekolah dan faktor sekolah. Selepas itu, sejumlah 13 sub tema yang dihasilkan oleh keempat-empat tema utama ini iaitu ciri-ciri guru, kaedah atau strategi pengajaran guru, sikap pelajar, minat pelajar, motivasi pelajar, gaya pembelajaran pelajar, kesihatan pelajar, kepimpinan guru besar atau pengetua, fasiliti-fasiliti sekolah, persekitaran sekolah, persekitaran keluarga, penglibatan ibu bapa dan latar belakang keluarga yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Beberapa cadangan yang diketengahkan mengemukakan tinjauan sistematik khusus dan standard untuk setiap tema dan tumpuan kualitatif yang menyeluruh diberikan pada kesan negatif oleh setiap faktor. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji lebih lanjut mengenai pengaruh faktor jantina terhadap pencapaian akademik pelajar.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.