Mukus epidermis ikan kini telah dikenalpasti sebagai suatu sumber biologi yang kaya dengan pelbagai bahan bioaktif terutamanya peptida antibakteria. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti potensi mukus epidermis Clarias batrachus (ikan keli kayu) sebagai sumber kepada bahan antibakteria. Sampel mukus dikumpul dari epidermis C. batrachus dan diekstrak menggunakan kaedah pengekstrakan akueus. Ujian penentuan aktiviti antibakteria ekstrak kasar mukus epidermis C. batrachus dilakukan dengan menggunakan kaedah spektrofotometrik. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya aktiviti antibakteria oleh ekstrak kasar mukus dengan kepekatan 20 mg/ml terhadap pertumbuhan kedua-dua strain bakteria kajian, iaitu Escherichia coli ATCC 25922 dan Pseudomonas aeruginosa ATCC 27853. Hasil kajian ini menyokong peranan mukus sebagai salah satu sistem pertahanan badan serta komponennya, iaitu peptida antibakteria sebagai komponen utama dalam sistem pertahanan badan semulajadi. Justeru, penemuan ini boleh dijadikan sebagai salah satu langkah pertama ke arah pembangunan antibiotik kelas baru.

scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.