Kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi amat dititikberatkan oleh masyarakat di Malaysia khususnya orang Melayu. Amalan kesantunan berbahasa adalah perkara asas dalam sesebuah komunikasi yang menggambarkan aturan sosial dalam sesebuah masyarakat dan menjadi prasyarat bagi kerjasama dalam sesebuah komunikasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kesantunan berbahasa yang diamalkan oleh pelajar UUM dalam konteks komunikasi formal dan tidak formal, membandingkan elemen kesantunan berbahasa yang diamalkan oleh pelajar mengikut jantina dan membincangkan kesan terhadap amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi kepada pelajar. Sebanyak 1251 orang responden dipilih dan ditemu bual menggunakan borang soal selidik berstruktur yang dibina berdasarkan konteks formal dan tidak formal. Kajian ini mengaplikasikan teori kesantunan Brown dan Levinson (1987) sebagai landasan dalam membincangkan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati, sebanyak 93.2 peratus (1166) orang pelajar UUM mengamalkan kesantunan berbahasa dalam konteks formal dan selebihnya sebanyak 6.8 peratus (85) orang responden sahaja yang kurang menitikberatkan elemen kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi dalam konteks formal. Dari segi jantina pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan kesantunan berbahasa antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu t(1249) = 3.652, p < .05. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi berbanding dengan pelajar lelaki. Selain itu, amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi pelajar telah memberikan kesan yang positif kepada pelajar khususnya di UUM. Amalan kesantunan berbahasa perlu dilestarikan oleh setiap individu kerana amalan ini bukan sahaja dituntut dalam beragama malah ianya dapat menggambarkan nilai budi leluhur sesuatu bangsa dalam konteks di Malaysia. Kata kunci: Kesantunan berbahasa, komunikasi formal, komunikasi tidak formal, pelajar universiti, bangsa.
The dilemma of teaching and/or learning grammar in a language that is often considered 'dry' and dull often happens not just to students, but also to teachers. One of the factors that contribute to this problem is the lack of appeal that could intrigue students to learn, understand and gradually master the grammar of a language. Consequently, the teaching and learning of grammar which ought to be "alive" will become irrelevant, namely to the new generation of IT literate students. Thus, this study attempts to present a new method of teaching and learning grammar, taking into account the interests and preferences of students who are quite familiar to the world of information technology. If previously the teaching and learning of grammar, particularly the grammatical system, was closely related to the description of rules (right and wrong) and formulas (rules) with the aid of grammar and dictionary, the new method proposed will expose students to a computer software program based on the list of words that can assist students in understanding the grammar system more comprehensively, effectively and interestingly. For a start, this study will show how the antconc word list program enables students to understand the complex meaning of a particular lexeme selected from the corpus. Students will then learn to produce sentences from the complex meanings which they have identified from the word list program.
Penggunaan teknik yang tepat, menarik dan terkini (bersifat kontemporari) sangat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Hal ini kerana melalui teknik yang tepat inilah, para pelajar dapat memanfaatkan tempoh masa yang terhad untuk memahami aspek penting dalam tatabahasa. Sesuai dengan perkembangan dan perubahan terkini silabus mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 6 yang bukan sahaja mementingkan aspek bahasa dan tatabahasa, malah adanya komponen baharu iaitu analisis bahasa, maka kajian ini mencadangkan agar teknik pengajaran dan pembelajaran tatabahasa berasaskan analisis korpus digunakan untuk mengajar topik tatabahasa Bahasa Melayu Tingkatan Enam. Pemanfaatan analisis korpus dimulakan dengan mencadangkan pangkalan data korpus DBP dan program daftar kata AntConc yang boleh digunakan untuk menganalisis kata. Seterusnya, fokus diteruskan kepada prosedur analisis berdasarkan kaedah demonstrasi yang melibatkan empat (4) langkah utama, sebelum dipanjangkan kepada satu contoh dapatan analisis kata (kata sendi nama daripada) yang melibatkan kaedah demonstrasi kepada pelajar. Berdasarkan senario semasa kaedah demonstrasi dijalankan, dapat dikatakan bahawa penggunaan teknik ini berupaya memupuk minat dan pelibatan pelajar aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dapatan ini menjadi penunjuk bahawa sekiranya teknik yang dirancang bersesuaian dengan pendekatan, kaedah, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, maka penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran berasaskan analisis data korpus mampu memberi impak positif, bukan sahaja kepada perkembangan pendidikan pelajar, tetapi dapat menyumbang kepada perkembangan pengkajian bidang bahasa dan linguistik Melayu di Malaysia.
Buku Linguistik Terapan daripada Perspektif Pengguna dan Penggunaanmengandungi 10 bab terpilih yang membincangkan isu-isu linguistik hasil penyelidikan daripada kepelbagaian sudut pandang disiplin bahasa dan linguistik seperti bidang semantik dan pragmatik, analisis wacana, psikolinguistik, sosiolinguistik dan terjemahan. Buku ini dihasilkan untuk memberikan pendedahan kepada pembaca berkenaan variasi bentuk penggunaan bahasa dengan kepelbagaian tujuan, medium penelitian, aspek tujahan serta data yang digunakan oleh pengguna. Tunjang kekuatan buku ini adalah dari segi cara penghujahannya yang diadun secara empirikal dan saintifik oleh peneliti dan pengkaji bahasa, sesuai dengan keperluan dan kehendak dunia penyelidikan linguistik terkini. Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan dan dimanfaatkan sebaiknya oleh pengkaji bahasa, pelajar dan masyarakat umumnya untuk memahami perilaku penggunaan bahasa oleh pengguna secara nyata. Buku ini juga diharap dapat dijadikan pemangkin dan pencetus semangat kepada kumpulan penyelidik baharu yang baru hendak berjinak-jinak terjun ke dunia penyelidikan, dalam usaha memugar bahasa dari aspek pengguna dan penggunaan.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.