Kajian ini memfokuskan kepada aplikasi hidrogel berasaskan ekstrak pektin daripada kulit buah naga (Hylocereus polyrhizus) yang digunakan sebagai biobahan pembawa ubat. Sebanyak 5 sampel telah disediakan dengan peratus komposisi pektin yang berbeza (0%, 0.5%, 1.0%, 1.5%, 2.0%). Keputusan menunjukkan hidrogel dengan 1.0% pektin telah mengembang secara maksimum pada pH 7. Imej daripada mikroskop elektron pengimbas (SEM) mendapati saiz keporosan hidrogel meningkat dengan penambahan pektin. Potensi hidrogel sebagai agen pembawa ubat telah dilakukan dengan melihat kecekapan muatan ubat, ujian perlepasan ubat dan ujian biodegradasi di dalam saluran pencernaan menggunakan medium simulasi perut (SGF), usus (SIF) dan kolon (SCF) secara in-vitro dengan kehadiran enzim. Hasil ujian ketoksikan menggunakan kaedah embrio ikan kuda belang (Danio rerio) telah memberikan keputusan yang negatif terhadap hidrogel yang diuji.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.