Biau (doa) merupakan puisi tradisional invokasi masyarakat Iban yang dilafazkan semasa upacara persembahan sajian atau miring untuk menyeru dan memohon keberkatan Petara ,(dewa-dewi). Kajian ini bertujuan mengenal pasti struktur lapisan bahasa dan unsur yang membentuk metafora dalam puisi tradisional biau. Berasaskan pendekatan kualitatif, kaedah tinjauan secara deskriptif digunakan untuk mengkaji tiga buah puisi biau iaitu Biau Piring Bedara (Doa Persembahan Sajian Korban), Biau Piring Gawai Tuah (Doa Persembahan Sajian Perayaan Gawai Tuah) dan Biau Piring (Doa Persembahan Sajian) yang diambil daripada buku Sampi Enggau Biau. Data dalam kajian ini dianalisis menggunakan pengekodan terbuka dan substantif. Dapatan kajian menunjukkan seruan pembukaan, bertabik dan struktur pengenalan diri diucapkan sebagai pengenalan dalam biau. Dalam bahagian isi pula, lapisan bahasa yang digunakan ialah tujuan, seruan, pernyataan persembahan sajian (piring) dan suruhan. Puisi biau diakhiri oleh doa restu. Unsur yang membentuk metafora dalam struktur biau pula terdiri daripada flora dan fauna, benda bukan hidup dan alam semula jadi yang disesuaikan dengan kehidupan masyarakat Iban. Kajian ini berupaya mengekalkan budaya, adat dan tradisi dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Generasi muda juga dapat menimba pengetahuan baharu dan mengasah kepakaran pengamal ritual sedia ada dalam melafazkan puisi tradisional.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.