The acquisition of Arabic speaking skills becomes an important issue in Arabic language learning. So, the National University of Malaysia (UKM) has offered the PPPJ3503 Oral Arabic Language Course as one of the department's elective subjects to undergraduate degree students. The purpose of this study is to evaluate the proficiency of speaking in Arabic and identify improved language-speaking factor among students. This research was a quantitative case study using data from survey instruments and focus group interview. The focus group consisted of 21 study pants. The study questions focus on their speaking competence after attending Oral Arabic Language courses with a student-centered teaching approach combined with coaching and mentoring elements. The findings show that there are self-improvements in Arabic speaking proficiency among students taking the course. The improvements in Arabic speaking proficiency among students were caused by spontaneous activities, video recording assignments, Arabic Linguaphone textbooks, Arabic speaking drill exercises repeatedly, discussions in the lecture room and student's self-esteem. This Oral Arabic course has proven that student-centered teaching approach combined with coaching and mentoring elements is good to be applied in the teaching of spoken Arabic and Arabic in general. This study also identifies ways to improve Arabic speaking proficiency through a student-centered teaching approach combined with coaching and mentoring elements in teaching Arabic speaking skills.
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan protokol berfikir lantang, pemerhatian dan temu bual sebagai instrumen pungutan data. Ia bertujuan untuk meneroka bentuk strategi yang digunakan oleh pelajar cemerlang ketika mempelajari kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab. Kerangka konseptual kajian ini dibina berasaskan teori strategi pembelajaran bahasa (SPB) dan strategi pembelajaran kosa kata (SPKK). Seramai sembilan pelajar tingkatan enam dari dua buah sekolah dipilih sebagai peserta kajian ini. Mereka diberi tugasan mempelajari 13 kosa kata berimbuhan bahasa Arab. Data protokol berfikir lantang, temu bual dan pemerhatian dianalisis secara manual untuk mencari tema dan diberi kod. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kosa kata ketika belajar kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab, namun tahap penggunaan strategi dalam kalangan peserta adalah rendah. Penggunaan strategi yang terhad dan dilaksanakan secara mendatar menuntut guru bahasa Arab untuk mengajarkan kepada para pelajar strategi pembelajaran Mohd Zaki Ismail et al. 48 kosa kata yang lebih efektif. Mereka mesti dibimbing dan dilatih untuk memilih dan menggunakan strategi pembelajaran kosa kata secara berkesan. Kata Kunci: strategi pembelajaran kosa kata, kosa kata berimbuhan, bahasa Arab, pelajar cemerlang
Artikel ini mengemukakan analisis penguasaan morfologi Arab menerusi bidangnya, iaitu leksikologi. Leksikologi ialah keupayaan dan penguasaan kosa kata aspek pengetahuan makna dan penggunaannya. Dua aspek penguasaan tersebut merupakan faktor utama bagi seseorang pelajar yang mahu menguasai bahasa, dan dalam konteks kajian ini ialah pembelajaran bahasa Arab yang merupakan bahasa kedua atau bahasa asing di Malaysia. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar bahasa Arab adalah berpunca daripada kegagalan mengetahui makna kosa kata yang merupakan perkara asas dalam mempelajari apa jua bahasa. Kajian ini bertujuan (1) mengenal pasti tema kajian lepas berkaitan pembelajaran morfolologi menerusi dimensi bidang leksikologi, (2) memperlihatkan kelompangan yang terdapat dalam kajian-kajian lepas berkaitan pengetahuan makna kosa kata dan penggunaannya, dan (3) mengamati isu yang boleh dijadikan kajian baru pada masa akan datang. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapat data. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga menggunakan reka bentuk tematik yang merupakan satu metode yang mudah diamati dan difahami. Hasil kajian mengemukakan lebih 100 kajian berkaitan pengetahuan makna dan penggunaan kosa kata menerusi pembelajaran dan pengajaran morfologi. Implikasi kajian ini dapat memberi penemuan baru menerusi dimensi leksikologi khususnya dalam pembelajaran morfologi Arab.
Perkara yang harus ditekankan bagi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia adalah dengan memberi penekanan kepada aspek kefahaman yang jelas berkaitan nilai etika dan moral yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Ini bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan beriman, berakhlak mulia serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar terhadap dimensi nilai etika dan moral dari sudut keperluan dan mengenal pasti pelaksanaan kaedah penerapan nilai etika dan moral terhadap pelajar. Kajian ini merupakan kajian literatur melalui analisis kandungan dan dihuraikan secara deskriptif. Pengumpulan data diperoleh daripada penulisan ilmiah seperti tesis, disertasi, buku, jurnal, kertas kerja, seminar prosiding dan laman sesawang yang berautoriti. Hasil kajian menunjukkan nilai etika dan moral semakin tidak dititikberatkan dan memperlihatkan senario semakin terpinggir dalam kehidupan seharian khususnya dalam kalangan pelajar. Implikasi kajian ini boleh digunakan sebagai garis panduan kepada organisasi yang terlibat dalam usaha mereka untuk membangunkan nilai etika dan moral ini dalam memperkukuhkan sahsiah mahasiswa ketika di alam universiti sebelum mereka melibatkan diri ke alam pekerjaan kelak.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.