Kemasukan benda asing ke dalam badan di kalangan kanak-kanak merupakan aduan yang paling kerap diterima oleh Jabatan Kecemasan. Di antaranya, kemasukan benda asing ke bahagian orofarinks adalah yang terendah iaitu 5-10%. Walaupun begitu, ia boleh menyebabkan kematian dan komplikasi yang teruk akibat daripadanya. Salah satu komplikasi yang boleh terhasil akibat kemasukan benda asing ialah halangan kepada saluran pernafasan. Oleh kerana terdapat perbezaan fisiologi dan anatomi yang besar di antara kanak-kanak dan orang dewasa, menangani masalah saluran pernafasan yang terhalang boleh menjadi lebih sukar dan mencabar. Ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang teliti untuk mengelak sebarang komplikasi yang boleh membawa maut. Penilaian tepat mengenai masalah tersebut amat penting sebelum meneruskan sebarang prosedur intubasi endotrakeal. Pembedahan saluran udara hanya diperlukan untuk kes 'Cannot Ventilate Cannot Intubate' sahaja dan ia perlu dilakukan oleh pakar kerana ia membawa risiko kecederaan struktur penting yang tidak diingini.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.