ABSTRAKMakalah ini ditulis berdasarkan kajian tentang aspek rujukan dalam teks akademik. Perbincangan dalam keseluruhan makalah akan memberikan fokus terhadap penggunaan anafora dalam teks akademik berdasarkan teks Blue Ocean Strategy (2005) yang diterjemahkan sebagai "Strategi Laut Biru" oleh Yayasan Kajian dan Strategi Melayu. Anafora bermaksud rujukan semula yang bertujuan untuk mengurangkan pengulangan unsur bahasa yang sama dalam sesuatu ayat atau wacana. Fungsi anafora adalah untuk memperlihatkan kesempurnaan makna, kepelbagaian gaya dan pertautan idea. Makalah ini secara khusus akan membandingkan penggunaan anafora dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan penelitian yang khusus tentang anafora dalam kedua-dua bahasa ini akan dapat memperlihatkan bentuk-bentuk anafora yang lazimnya digunakan dalam teks akademik. Unsur anafora dalam teks terjemahan akan dianalisis berdasarkan pendekatan analisis kontrastif. Kajian ini menerapkan model pautan yang telah dicadangkan oleh Halliday (2004). Fokus kajian ialah rujukan personal dan rujukan demonstratif. Kajian ini telah menjelaskan dengan terperinci penggunaan anafora khususnya rujukan personal dan rujukan demonstratif dalam teks akademik yang secara tidak langsung dapat menunjukkan kepentingan hubung kait sesuatu maklumat sesebuah teks dengan menggunakan anafora. Hal ini penting kerana proses untuk memahami sesuatu teks itu ialah kebolehan seseorang pembaca untuk menghubungkaitkan antara maklumat semasa dengan maklumat yang telah dinyatakan sebelumnya. Berdasarkan analisis kajian, didapati bahawa penggunaan unsur anafora dalam teks bahasa Inggeris dan bahasa Melayu berbeza kerana sesuatu unsur anafora itu tidak semestinya mendapat padanan satu lawan satu antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan anafora tidak semestinya selari antara kedua-dua bahasa kerana setiap bahasa mempunyai sistemnya yang tersendiri.Kata kunci: anafora; rujukan; teks ilmiah; pertautan idea; analisis kontrastif ABSTRACT This paper is written based on a research on references used in an academic text. The discussion in this paper focuses on the use of anaphora in an English academic text, Blue Ocean Strategy (2005) and its translation in Malay entitled "Strategi Laut Biru" by Yayasan Kajian dan Strategi Melayu. Anaphora is a reference that is used to reduce the repetition of the same language elements in a sentence or discourse. The function of anaphora is to show the perfection in meaning, style diversity and cohesion ideas. This paper specifically focuses on the comparison of anaphora in Malay and English that showed the form of comman anaphora use in academic text. Anaphora in the translated text will be analyzed based on the contrastive analysis approach. The study applies the cohesion model proposed by Halliday (2004). There are two focuses in this study, namely personal reference and demonstrative reference. This reseach has detailed out explanation about the use of personal and
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.