Perkembangan industri restoran di Malaysia pada masa ini sangat mempengaruhi penjanaan sisa makanan atau sisa organik. Jika penghasilan sisa makanan ini semakin meningkat dan tidak diurus dengan menggunakan kaedah yang baik ia akan menyebabkan sampah yang dibuang ke tapak pelupusan sampah semakin meningkat. Selain itu, kerajaan juga harus mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengurus sisa-sisa berkenaan. Oleh itu, dalam kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti jumlah sisa makanan yang dihasilkan dalam industri restoran dan mengetahui bagaimana pihak pengurusan restoran mengendalikan sisa makanan yang terdapat di restoran mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengendalian sisa makanan yang lakukan kebanyakan restoran masih tidak menggunakan kaedah yang betul. Pihak pengurusan restoran masih mengurus sisa makanan mereka dengan memberi sisa tersebut kepada individu yang datang untuk meminta sisa tersebut atau pekerja restoran itu sendiri yang akan mengambil sisa makanan tersebut. Sisa makanan yang diambil ini kebanyakannya hanya untuk diberi makan kepada haiwan ternakan atau haiwan peliharaan. Bagi menyelesaikan masalah sisa makan yang dihasilkan kaedah pengkomposan merupakan salah satu kaedah yang paling terbaik dan mudah dilakukan oleh masyarakat di negara kita. Kaedah pengkomposan ini merupakan proses biodegradable di mana bahan organik diuraikan oleh mikroorganisma dalam kehadiran oksigen. Hasil daripada proses ini akan menghasilkan baja organik yang lebih mesra alam dan sangat mendatangkan manfaat dalam aktiviti pertanian.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.