Keusahawanan luar bandar perlu diberi perhatian yang serius khususnya bagi melahirkan usahawan terutama dari kalangan asnaf zakat. Usahawan yang berkualiti mampu mengubah status masyarakat sekeliling ke arah ekonomi dan sosial yang lebih baik serta berdaya saing. Aktiviti keusahawanan asnaf dilihat masih gagal untuk menarik minat dari generasi muda, dan beberapa sebab telah dikenalpasti termasuk kekurangan pengetahuan tentang perniagaan, latihan dan modal permulaan. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan keperluan usahawan zakat pedalaman dan menganalisis faktor kejayaan dan cabaran usahawan asnaf pedalaman di Pahang. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metod pengumpulan data dan analisis data. Metod pengumpulan data dilakukan melalui perpustakaan. Kajian ini turut menggunakan kajian lapangan melalui metod temu bual dan metod pemerhatian. Hasil kajian mendapati terdapat keperluan kepada kerangka pembangunan usahawan asnaf sebagai satu inisiatif untuk membangunkan taraf sosio-ekonomi masyarakat di negeri Pahang, khususnya di kawasan pedalaman. Keywords: asnaf luar bandar; ekonomi; Pahang; pembangunan usahawan asnaf
Wakaf pendidikan tinggi penting bagi membiayai pendidikan pelajar yang kurang mampu untuk meneruskan pengajian serta membiayai perbelanjaan pengurusan universiti. Pada masa kini, wakaf pendidikan tinggi menjadi topik utama Kementerian Pengajian Tinggi sebagai suatu mekanisme pembiayaan perbelanjaan mengurus universiti tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menggunakan wakaf sebagai salah satu mekanisme penjanaan aset untuk menjalankan operasinya dengan mengambil Universiti Islam Malaysia (UIM) sebagai model kajian. Kajian menggunakan metode kajian perpustakaan dan lapangan untuk mendapatkan data primer dan sekunder. Kajian lapangan menggunakan instrument temubual dengan responden yang terlibat secara langsung dengan pengurusan tertinggi Universiti Islam Malaysia (UIM). Dapatan kajian menunjukkan Universiti Islam Malaysia (UIM) berjaya menjadikan wakaf sebagai aset penjanaan pendapatan dalam operasinya bagi melestarikan pendidikan tinggi di Malaysia. UIM menguruskan dana wakaf melalui hasil sewaan, sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan badan korporat. Justeru, pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi yang dilaksanakan di Universiti Islam Malaysia (UIM) boleh dijadikan sebagai model kepada institusi pendidikan lain dalam usaha membangunkan harta wakaf serta menjana pendapatan demi kelestarian wakaf pendidikan di Malaysia.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.