Kajian kes ini bertujuan bagi memperkenalkan suatu bahan berasaskan pokok tumbuhan yang belumpernah digunakan sebelum ini bagi menghasilkan patung wayang kulit Kelantan. Menerusi proses kreatifyang berlaku, kenaf atau nama saintifknya Hisbiscus Canabis telah digunakan dan seterusnya diprosesbermula daripada sejumlah debu pokok kenaf yang digaul dengan air sehinggalah kepada proses akhiriaitu menghasilkan patung wayang kulit Kelantan. Ia merupakan patung wayang kulit yang berasaskanpokok kenaf yang pertama di Malaysia. Pemerhatian dan temubual tidak berstruktur merupakan antarainstrumen utama dalam kajian ini selain daripada pengkaji sendiri sebagai instrumen dengan membina‘rapoot’ bersama penggiat seni ini ketika berada di lapangan kajian. Proses penghasilan patung wayangkulit yang berlaku sangat penting dalam analisis kepada dapatan kajian ini. Lima unsur penting telahdikenalpasti sebagai pencetus kepada inovasi ini. Penghasilan patung wayang kulit Kelantan berasaskankenaf tidak bermakna dapatan kajian ini telah menolak penggunaan kulit binatang secara total. Iamerupakan satu alternatif atau pilihan berbeza selain daripada menghasilkan patung wayang kulitberasaskan kulit binatang. Pembaharuan ini dilihat berupaya mengekalkan populariti seni teater warisanbangsa ini agar kekal relevan dan tidak dipinggirkan oleh golongan muda. Research on this case study aimed at introducing a plant-based plant that has not been used previouslyto produce Kelantan puppets. Through its creative process, kenaf or its scientific name Hibiscus Cannabishas been used and subsequently processed from the amount of kenaf tree dust mixed with water tothe final method of producing Kelantan puppets. It is a wayang kulit puppet based on the first kenaftree in Malaysia. An instrument of observations and unstructured interviews were used in this researchaside from the researchers as an actor in building rapport with the art enthusiasts during fieldwork. Theprocess of producing wayang kulit puppet is very important in the analysis of the findings of this study.Five important elements have been identified which triggered this innovation process. The productionof Kelantan puppets based on kenaf provides an alternative to the making Wayang Kulit puppet. Thesereforms help to maintain the popularity of the heritage of art theatre to remain relevant and not marginalizedby the young
Kelantan merupakan negeri yang unik dengan pelbagai kebudayaan termasuklah persembahan menora.Masyarakat Siam telah mengembang dan memperkenalkan persembahan menora serta budaya danadat resam mereka di sini. Seni persembahan menora ini dipertontonkan secara umum dan juga secararitual. Terdapat perkara-perkara mistik yang akan berlaku apabila unsur-unsur pemujaan dijalankan bagimelindungi persembahan yang akan dipersembahkan. Menora merupakan seni persembahan yangsangat sinonim dengan pemujaan dan mempunyai fungsi ritual. Mengikut kepercayaan masyarakat Siamsekiranya pemujaan roh tidak dibuat individu yang terlibat akan mudah mendapat penyakit. Kepercayaanyang diamalkan adalah gabungan antara kepercayaan animisme dan agama Hindu. Persembahanmenora yang penuh dengan unsur-unsur pemujaan biasanya dijalankan oleh masyarakat Siam yangberpegang teguh kepada tradisi dan adat dalam kehidupan mereka. Sesebuah persembahan teatertradisional seperti menora ini tidak lari dengan upacara dan menyelitkan unsur-unsur pemujaan. Di dalampersembahan menora upacara pemujaan merangkumi upacara buka panggung, upacara sembah guru,bacaan mantera dan tutup panggung.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.