Pelan Induk Industri Halal 2030 melaporkan pasaran global dan domestik produk halal menunjukkan trend positif di antara tahun 2018 hingga 2030. Perkembangan positif ini akan merancakkan pembangunan ekosistem halal di Malaysia yang selanjutnya akan mewujudkan peluang pelaburan, perdagangan, dan pekerjaan dalam industri halal. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penyelidikan dan pembangunan ekosistem halal dapat meningkatkan daya saing industri Halal Malaysia. Temu bual dengan pihak yang bertanggungjawab daripada Bahagian Hab Halal JAKIM dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dijalankan bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu ini. Hasil kajian mendapati Bahagian Hab Halal JAKIM telah membuat kolaborasi penyelidikan dan pembangunan ekosistem halal dengan pihak universiti dan organisasi swasta yang dapat meningkatkan kualiti pensijilan halal. Bahagian Hab Halal JAKIM juga telah membina makmal analisis yang dapat menjalankan penyelidikan dan pembangunan ekosistem halal. Manakala, HDC memainkan peranan dengan menganjurkan seminar iaitu World Halal Research bagi meningkatkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan ekosistem halal dengan pelbagai pemain industri halal. Penyelidikan dan pembangunan ekosistem halal yang telah diusahakan oleh kedua-dua organisasi ini dapat membantu meningkatkan daya saing industri Halal Malaysia.
Rancangan Malaysia ke-12 melaporkan nilai eksport produk halal keluaran Malaysia dijangka menyumbang sebanyak RM 56 bilion pada tahun 2025. Perkembangan positif ini menunjukkan produk halal keluaran Malaysia semakin mendapat perhatian dan permintaan yang semakin tinggi di peringkat global. Kepesatan pembangunan industri halal ini memperlihatkan peranan jalinan rangkaian antara organisasi dalam memastikan industri halal Malaysia dapat kekal berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan pasaran tempatan dan global. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan meninjau peranan jaringan rangkaian organisasi dalam memperkukuhkan pembangunan industri halal Malaysia. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif. Kajian literasi dan temu bual bersama Bahagian Hab Halal JAKIM dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dijalankan bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati Bahagian Hab Halal JAKIM dan HDC memainkan peranan penting dalam membangunkan industri halal melalui aspek jaringan rangkaian organisasi. Bahagian Hab Halal JAKIM menjalinkan beberapa rangkaian organisasi kerajaan seperti dengan KPDNK, JAIN, dan KKM dalam menguatkuasakan peraturan persijilan halal persijilan halal Malaysia dari masa ke masa. Manakala HDC pula memainkan peranan sebagai agen perantaraan antara pihak kerajaan seperti MATRADE dan MITI dengan pihak swasta seperti syarikat-syarikat industri bagi meningkatkan daya saing firma dalam ekonomi global melalui kerjasama dengan syarikat multinasional. Jaringan rangkaian organisasi dijalankan oleh Bahagian Hab Halal JAKIM dan HDC mempunyai kekuatan mekanisme yang tersendiri serta mendatangkan impak positif dalam usaha membangunkan industri halal di Malaysia.
HDC mensasarkan sebanyak 50,000 syarikat akan berjaya memperolehi pensijilan halal pada tahun 2030. Namun pada masa kini, HDC berdepan dengan cabaran apabila masih banyak syarikat belum mendapat pensijilan halal. Perkembangan ini menunjukkan keperluan strategi yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia dalam pembangunan industri halal Malaysia. Oleh demikian, kajian ini dilaksanakan melalui kaedah kualitatif melalui temu bual dan kajian kepustakaan untuk mengkaji peranan pendidikan dan latihan dalam meningkatkan kemahiran sumber manusia dalam pembangunan industri Halal Malaysia. Temu bual dijalankan dengan Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia dan HDC. Hasil temu bual disokong dengan kajian kepustakaan iaitu menganalisis buku, artikel jurnal akademik, kertas kerja, laman web, statistik, dokumen, dan keratan akhbar. Hasil kajian mendapati Bahagian Hab Halal JAKIM dan HDC memainkan peranan dengan memberi pendidikan dan latihan dalam meningkatkan kemahiran sumber manusia agar pemain-pemain industri halal seperti syarikat-syarikat, agensi-agensi kerajaan, dan pengguna yang terlibat dalam industri halal dapat meningkatkan lagi pengetahuan, prestasi dan kualiti produk halal seperti pemasaran, kreativiti, dan pembungkusan produk. Aspek pendidikan dan latihan yang telah diusahakan dalam membangunkan industri halal Malaysia dilihat dapat membantu meningkatkan kemahiran sumber manusia dalam pembangunan halal dan pengurusan sumber-sumber pengeluaran produk dan perkhidmatan halal dengan lebih baik.
This study attempts to identify and deconstruct the aesthetics of a short story based on the principlesadvocated in the Takmilah theory. Short story is a genre of creative writing that writers choose to conveytheir thoughts in a shorter medium of delivery than a novel. Islamic narratives raise the question of divinityas well as the relationship between man and the Creator and the relationship between man and man. Ashort story entitled ‘Hari yang Bergelar Kematian’ from Juri Durabi was selected as the research data inthis study. This short story was published in Mingguan Malaysia newspaper on March 12, 2017 and hasbeen recognized as one of the winners of Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2017. Takmilah theoryoutline founded by Shafie Abu Bakar has been selected in this study to achieve the objectives of this study.The findings of the study show that the short story which is entitled ‘Hari yang Bergelar Kematian’ complieswith the principles in Takmilah theory, even highlighting human as a servant to God. Keywords: Short story, Malay literature, Takmilah theory, Juri Durabi
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.