AbstrakPendidikan merupakan kriteria penting yang harus dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah generasi muda masyarakat Orang Asli pada hari ini. Kegagalan untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik apabila kanak-kanak Orang Asli meningkat dewasa. Justeru, kajian ini mengupas tentang sikap pelajar Orang Asli terhadap peluang pendidikan dan minat kerja, selain mendapatkan pandangan ibu bapa atau penjaga pelajar terhadap penglibatan mereka dalam proses pendidikan dan pemilihan pekerjaan anak-anak. Data primer diperolehi melalui temubual mendalam dengan 12 orang informan yang terdiri daripada pelajar Orang Asli suku kaum Jakun di Rompin, Pahang serta ibu bapa atau penjaga mereka. Hasil kajian mendapati kesemua informan yang ditemui melibatkan pelajar dan ibu bapa atau penjaga mempunyai perubahan pandangan ke arah yang lebih positif. Mereka semakin mengutamakan pendidikan di sekolah serta pemilihan kerjaya yang lebih baik. Keadaan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya ialah keluarga, jarak sekolah yang berhampiran, kemudahan pengangkutan, peranan guru, rakan sebaya dan faktor kemudahan pembelajaran di sekolah. Kajian ini berjaya mengikis pandangan negatif yang melihat mentaliti Orang Asli masih di takuk lama kerana tidak mengutamakan pendidikan serta kerjaya sebagai medium untuk memajukan diri dan keluarga. Malah, pelajar Orang Asli suku kaum Jakun di kawasan kajian juga dapat menyesuaikan diri dalam proses sosialisasi formal, iaitu, melalui proses pembelajaran di sekolah.Kata kunci: kesedaran pendidikan, minat kerja, Orang Asli, penglibatan ibu bapa, sosialisasi formal, suku kaum Jakun Awareness of education and work interests of Orang Asli Jakun students in Rompin, Pahang AbstractEducation is an important criterion that every society should acquire, including today's young generation of Orang Asli community. Failure to develop themselves in
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.