Kolej kediaman dibangunkan sebagai sebahagian komponen yang melengkapkan keseluruhan universiti. Kolej kediaman bertindak sebagai pusat perumuahan pelajar. Menurut Darus (2006), kolej kediaman merupakan sebahagian daripada komponen utama di dalam institut pengajian tinggi yang menyediakan kemudahan penginapan dan makanan serta mengadakan aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar kepada mahasiswa di universiti. Menurut Alwee et al. (2008), kolej kediaman merupakan kemudahan yang disediakan oleh universiti bagi penginapan pelajar. Kajian Mat Hassan (2000), kolej kediaman merujuk kepada tempat penginapan dalam kampus sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Bagi memastikan penghuni mendapat perkhidmatan kolej kediaman yang baik maka kemudahan yang disediakan oleh kolej kediaman perlulah mempunyai matlamat membantu proses pembelajaran penghuni. Dalam kajian Anuar et al. (2006), terdapat beberapa matlamat mengadakan kolej kediaman antaranya mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk keperluan peribadi bagi mencapai prestasi diri yang baik. Penyediaan kemduhan yang selesa dan konduksif juga merupakan faktor penting yang mendorong penghuni untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan pembangunan sahsiah diri. Universiti perlu menyediakan sebuah tempat tinggal yang selesa dan konduksif bagi memenuhi keperluan pelajar universiti. Dalam perihal ini, aspek kelestarian di kolej kediaman adalah salah satu faktor yang perlu diberikan perhatian bagi mencapai matlamat menyediakan sebuah kolej kediaman yang selesa dan konduksif. Berteraskan konsep kelestarian bagi membangunkan kolej kediaman pada masa hadapan diperlukan untuk memastikan keharmonian
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.