Penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti kesan dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar cacat pendengaran dengan menggunakan visual imej. Penyelidikan ini juga dijalankan untuk menganalisis model pengajaran yang sesuai dengan menggunakan imej dalam meningkatkan proses pembelajaran di kalangan pelajar cacat pendengaran. Kaedah kajian menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual mendalam dengan pelajar cacat pendengaran dan guru-guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa induksi adalah amalan semasa dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar cacat pendengaran dan kaedah yang sesuai untuk mengajar pelajar cacat pendengaran adalah dengan menggunakan imej dan pergerakan. Dalam erti kata lain dengan menggabungkan keduadua medium imej dan pergerakan, kajian ini mencadangkan medium terbaik adalah dengan menggunakan imej berturutan. Kajian ini menyimpulkan dan mencadangkan bahawa model imej berurutan adalah saluran yang disyorkan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar cacat pendengaran.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.