ABSTRAKRalat multipath merupakan salah satu sumber ralat utama dalam pengukuran kod dan fasa pembawa isyarat GPS Sistem Penentududukan Global atau dikenali sebagai GPS (Global Positioning System) adalah merupakan suatu sistem navigasi berasaskan satelit yang digunakan bagi menentukan kedudukan suatu lokasi dan masa pada manamana kedudukan di angkasa dan bumi. Sistem navigasi GPS ini telah dibangunkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (U.S. Department of Defense, DoD) di awal tahun 70-an dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 (Parkinson 1996). Sistem ini terbahagi kepada tiga segmen utama iaitu segmen angkasa, kawalan dan pengguna. Segmen angkasa terdiri daripada 24 satelit yang tersusun pada enam satah orbit yang mengandungi empat satelit setiap satu pada ketinggian 20,200 km dari aras bumi dan mengorbit selama 11 jam 58 minit. Satelit ini menghantar dua jalur isyarat gelombang iaitu Link 1 (L 1 ) pada frekuensi pembawa 1575.42 MHz dan Link 2 (L 2 ) pada frekuensi pembawa 1227.6 MHz. Pembawa ini dimodulasikan oleh
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.