Penyelidikan ini mengkaji fungsi dan peranan papan iklan luar dalam mempengaruhi pemilihan sosial pengguna yang menggunakan Lebuhraya Elite Expresway E608. Fokus kajian adalah terhadap elemen rekabentuk visual seperti tipografi, warna, susun letak rekaan dan ilustrasi, perletakkan, material papan iklan luar di kawasan kajian serta tafsiran paparan mesej dan bahasa berdasarkan rekaan pada papan iklan luar. Kerangka konsep bagi kajian ini memperjelaskan bagaimana pemilihan sosial itu mampu menjadikan sesuatu produk itu boleh diterima masyarakat dan ianya berasaskan Kod dan Prinsip Am Amalan Pengiklanan Malaysia. Metadologi kajian yang akan digunakan adalah kaedah gabungan concurrent nested (Creswell, Plano Clark, Gutmann & Hanson, 2003) di mana sampel bergambar akan digunakan sebagai metod utama manakala hasil dari kaedah temuramah wakil dari pihak PLUS dan orang ramai adalah sebagai sokongan. Analisis bergambar terhadap rekaan reka letak papan iklan luar di lebuhraya Elite Expressway E608 masih mengikut tatacara dan kod pengiklanan Malaysia. Peranan pihak PLUS sepenuhnya dalam peletakkan papan iklan luar di lebuhraya Elite Expressway E608 mengikut kesesuaian keboleh pasaran produk tersebut di laluan berkenaan. Hasil temuramah kumpulan berfokus menunjukkan informan bersetuju bahawa papan iklan luar adalah medium pengiklanan yang berkesan di lebuhraya sekaligus dapat mempengaruhi pemilihan sosial pengguna. Berdasarkan kajian pada analisis visual dan hasil temuramah menunjukkan bahawa papan iklan luar adalah medium pengiklanan yang berkesan dalam mempengaruhi pemilihan sosial masyarakat di lebuhraya. Kata kunci: Papan iklan, pengiklanan, pemilihan sosial, ruang sosial, visual.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.