Kulit album mempunyai pelbagai fungsi pada sesebuah karya seni muzik. Reka bentuk kulit album yang menarik mampu menarik pelanggan untuk membuat pilihan ketika membeli produk tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan grafik dan muzik terhadap empat buah kulit album Zainal Abidin iaitu album Hijau, Gamal, Orak Arek dan Terangsang. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa reka bentuk kulit album telah banyak mengalami perubahan dari pelbagai aspek mengikut perkembangan industri muzik. Pelbagai teknik reka bentuk digunakan untuk menyampaikan mesej berhubung kait dengan genre album tersebut. Kajian kes dalam kaedah kualitatif ini menggunakan teknik pemerhatian dan fotografi terhadap empat buah kulit album Zainal Abidin sebagai artis pop yang terkenal dengan keunikan lagunya di Malaysia. Data yang dikumpul telah dianalisis dan dinilai dari segi grafik berdasarkan tiga elemen iaitu warna, visual dan tipografi yang digunakan manakala, dari segi muzik pula dilihat dari elemen ritma, bunyi dan lirik lagu dalam album itu. Analisis kulit album ini juga dibuat berlandaskan pendekatan semiotik sosial komunikasi visual oleh Van Leeuwen dalam menjelaskan makna di sebalik reka bentuk kulit album yang disampaikan. Hasil kajian menunjukkan hubungkait antara grafik dan muzik pada keempat-empat kulit album yang dijadikan kajian kes ini. Oleh hal demikian, hubungan antara reka bentuk grafik dan album muzik tidak dapat dipisahkan untuk menghasilkan kulit album yang berkualiti di samping menyampaikan maklumat komunikasi dengan berkesan. Kata kunci: Grafik, muzik, reka bentuk, kulit album, tipografi.
Abstrack This study aims to study the design changes that occur on the cover of the famous rock band from Malaysia, Search. The case study was made on 5 studio albums which are Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, Mentari Merah di Ufuk timur, Fenomena and Karisma. It is undeniable that the designs had undergone many changes and in relation to the development of the country's music industry and the social, economic and politic aspects in the year of music album's production. The collected data will be analyzed and evaluated based on the three graphic elements of colors, visuals and typography used on the album cover design. In conclusion, the development of the music industry affected the designs of album covers in the country.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.