Sistem arus di ionosfera khatulistiwa terdiri daripada elektrojet khatulistiwa (EEJ) dan suria senyap (Sq). Arus EEJ merupakan satu jalur arus yang mengalir ke arah timur sepanjang kawasan dip khatulistiwa. Arus Sq pula adalah gegelung arus yang mengalir di hemisfera utara dan selatan bumi pada arah yang bertentangan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan aktiviti matahari terhadap profil latitud sistem arus, khususnya di kawasan Asia Tenggara. Data yang digunakan dalam kajian ini merangkumi data geomagnet daripada lima stesen magnetometer dalam rangkaian MAGDAS iaitu stesen Muntinlupa (MUT), Cebu (CEB), Davao (DAV), Manado (MND) dan Pare Pare (PRP). Keamatan arus EEJ yang paling tinggi adalah pada waktu tengah hari sekitar 1000 dan 1100 LT semasa solar minimum dan kajian ini telah menganalisis sistem arus daripada 1000 hingga 1400 LT. Analisis menunjukkan bahawa ribut geomagnet yang berlaku pada 23 April 2008 adalah disebabkan oleh letusan jirim korona (CME) yang memberikan peningkatan kepada nilai arus pada hari tersebut. Peningkatan yang ketara dapat dilihat pada arus di stesen hemisfera selatan, iaitu stesen MND dan PRP. Berdasarkan analisis yang dilakukan, ia turut mendapati bahawa ribut geomagnet memberikan peningkatan kepada nilai arus walaupun di luar waktu puncak. Selain itu, profil arus ini turut dibandingkan dengan profil arus pada hari senyap iaitu pada
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.