Kajian berkaitan ucapan politik bukan sesuatu yang baharu dan telah dikaji daripada pelbagai aspek termasuk aspek penggunaan bahasa. Ucapan politik merupakan wahana yang menggabungkan penyampaian idea dan ideologi melalui penggunaan bahasa supaya dapat difahami oleh pendengar. Kejayaan menyampaikan sesuatu ucapan politik bergantung kepada hujah yang meyakinkan pendengar. Sehubungan itu, kajian ini mengemukakan analisis tentang penggunaan lakuan tutur (LT) sebagai satu strategi penghujahan yang berkesan. Objektif kajian ini ialah membandingkan penggunaan LT dalam dua situasi yang berbeza, seterusnya mentafsir dan memberi penjelasan akan dapatan yang diperolehi hasil daripada perbandingan tersebut. Data utama kajian merupakan dua teks ucaptama Zahid Hamidi, iaitu teks Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) yang berlaku sebelum pilihan raya umum ke -14 (PRU14) dan ucaptama dalam Perhimpunan Agung Umno 2018 yang diadakan selepas kekalahan parti dalam PRU14. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis penggunaan aspek lakuan tutur pengucap dengan bersandarkan kerangka teori Bach dan Harnish (1979). Secara keseluruhan dapatan menunjukkan kempat-empat LT, iaitu LT Pengumuman (Constatives), Arahan (Directives), Perjanjian (Commissives) dan Perakuan (Acknowledgements) diaplikasikan oleh pengucap. LT Pengumuman dan LT Arahan telah digunakan secara khusus untuk mempengaruhi dan meyakinkan pendengar akan hujah yang dikemukakan dalam PAU 2017 berbanding dalam PAU 2018. Kajian juga menunjukkan selepas PRU14, pengucap lebih banyak mengaplikasikan LT Perjanjian dan LT Perakuan. LT Perjanjian dalam teks 2018 adalah sebanyak 10.3% berbanding 4.5% pada 2017 dan LT Perakuan dalam teks 2018 adalah sebanyak 9.3% berbanding 5.4% pada 2017. Perubahan ini disebabkan oleh keperluan bagi Zahid untuk menyesuaikan tutur katanya dengan senario sosiopolitik pada tahun 2018. Hal ini membuktikan bahawa senario sosio-politik jelas mempunyai kesan terhadap jenis LT yang digunakan dalam ucapan ahli politik. Kajian ini juga memberi mesej kepada ahli politik supaya memastikan ucapan yang disampaikan mengandungi LT yang sesuai dengan keadaan semasa yang dapat difahami dengan mudah oleh penyokong mereka a Pengarang utama b Pengarang koresponden
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.