Azine derivative 6,6'-((1E,1'E)-hydrazine-1,2-diylidenebis(methanyly-lidene))bis (3,4-dimethoxy-aniline) CHA has been synthesized by condensation of 6-nitroveratraldehyde with malononitrile followed by reduction using 10% Pd/C and hydrazine hydrate. In the presence of formaldehyde, CHA chemosensor in ethanol showed a yellow-to-red color change observable by the naked eyes and 'turn off' type fluorescence quenching in ethanol. This phenomenon was confirmed by UV-Vis, fluorescence and 1 H NMR spectroscopy. The CHA spectra in ethanol was shifted from 412 to 509 nm after addition of formaldehyde. Fluorescence intensity of CHA gradually decreased with the increase of formaldehyde concentrations. Furthermore, paper strips loaded-CHA were fabricated and served to detect formaldehyde qualitatively. The detection limit of the CHA probe to formaldehyde is 0.2 M.
ABSTRAKTerbitan azina CHA 6,6'-((1E,1'E)-hidrazina-1,2-diilidenebis(metanili-liden))bis (3,4-dimetoksi-anilin) telah disintesis dengan pemeluwapan 6-nitroveratraldehid dengan malononitril diikuti dengan pengurangan menggunakan 10% Pd/C dan hidrat hidrazina. Dengan kehadiran formaldehid, kemoderia CHA dalam etanol menunjukkan perubahan warna daripada kuning kepada merah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar dan 'mematikan' jenis pemelindapan kependarfluoran dalam etanol. Fenomena ini disahkan oleh UV-vis, kependarfluoran dan spektroskopi 1 H NMR. Spektrum CHA dalam etanol telah beralih daripada 412 kepada 509 nm selepas penambahan formaldehid. Keamatan kependarfluoran CHA secara beransur-ansur menurun dengan peningkatan kepekatan formaldehid. Tambahan pula, jalur kertas yang dimuatkan-CHA telah direka dan digunakan untuk mengesan formaldehid secara kualitatif. Had pengesanan prob CHA kepada formaldehid adalah 0.2 M.