“…Golok, Sungai Padi, Mundok, Kayu Kelat, Kampung Tanjung, Kampung Belawan, Layar, Elong, Becah Herong, Jakang, dan Kubang Yu. 46 Kelantan juga hilang pendapatan sebanyak $8000 setiap tahun, dan penduduk yang berjumlah sekitar 50,000 orang Melayu yang bukan sahaja berasal dari Kelantan tetapi juga dari Patani, Ligor, Singgora, dan Bendelung yang lari dari pemerintahan Siam. 47 Dalam konteks yang lebih luas, persempadanan Kelantan-Patani hasil daripada Perjanjian Inggeris-Siam 1909 juga ialah asas kepada sempadan antara Malaysia dan Thailand kini.…”