“…Walaupun begitu, masalah pencemaran masih berterusan, terutamanya di bahagian hilir Sungai Klang. Faktor-faktor seperti peningkatan populasi, corak penggunaan dan kurangnya kesedaran alam sekitar telah memberi kesan yang negatif (Malaysian Plastics Manufacturers Association & Malaysian Plastics Recyclers Association, 2019;Muhammad Saufi et al, 2021;Noor, 2019;Nunis, 2020;Pfordten, 2021). Justeru, usaha pemulihan Sungai Klang ini memerlukan sinergi dan kerjasama yang melibatkan penyelidikan ilmiah, inisiatif masyarakat, dan penglibatan pelbagai agensi serta pertubuhan agar langkah-langkah konkrit dan terkoordinasi dapat diambil untuk mengurangkan pencemaran dan memulihkan kualiti air Sungai Klang.…”