“…Sistem Sokongan Membuat Keputusan (Decision Support System, DSS) ditakrifkan secara meluas sebagai sistem interaktif yang berasaskan komputer, menggunakan komunikasi teknologi, data, pengetahuan dan model, bagi menyediakan maklumat untuk membantu para pembuat keputusan menyelesaikan masalah separa berstruktur dan tidak berstruktur (Sprague & Watson, 1989;Gheorge & Vamanu, 2004;Power & Sharda, 2009;Alter, 2002). Dalam usaha untuk mencapai mencapai prestasi DSS yang tinggi dan berkesan, terdapat beberapa syarat yang harus diambil kira semasa membangunkan sistem ini (Sprague & Watson, 1989).…”