Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang penting dalam menyampaikan idea di alam pekerjaan. Salah satu kemahiran komunikasi yang utama ialah pembentangan di mana graduan mesti bijak menyampaikan idea secara sistematik. Namun begitu, tidak banyak kajian yang memfokuskan kepada isu-isu berkaitan pembentangan komunikasi dalam kalangan pelajar Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Terdapat isu utama yang diutarakan dalam kertas konsep ini ialah isu kawalan gemuruh dan masalah keyakinan diri sehingga membawa kepada tekanan diri. Kertas konsep ini unik kerana aspek lontaran suara, dan keterampilan diri harus dibentuk dalam keyakinan diri pelajar. Kajian ini mencadangkan agar penilaian menerusi rubrik menekankan kepada aspek yang lebih pelbagai tetapi memfokuskan kriteria penting dalam pembentangan. Kertas ini perlu diberikan perhatian supaya masyarakat berubah kepada aspek keyakinan yang lebih baik dalam penyampaian maklumat. Bagi bidang TVET, kemahiran komunikasi ini menjadi satu ciri yang menonjol dan tidak dipandang sebagai pelajar kelas kedua. Cadangan penyelesaian ini boleh dikembangkan melalui usaha giat pihak institusi untuk meningkatkan lagi kredibiliti pelajar berteraskan TVET melalui semakan semula kriteria pada rubrik penilaian pembentangan komunikasi.