“…Warna bukan sekadar warna tetapi boleh mewujudkan emosi dan kenangan yang boleh mempengaruhi minda dan badan manusia melalui fizikal dan juga reaksi psikologi kepada warna tertentu (Müller, 2014). Warna biru, ungu, merah dan hitam merupakan warna yang diminati manakala warna jingga dan kuning merupakan warna yang kurang diminati oleh pelajar Generasi Y (Müller, 2014). Pengkaji menggunakan warna biru, ungu, merah jambu, coklat, kelabu, kuning, hijau, merah dan hitam sebagai latar belakang kad permainan Salt-UNO Card.…”