For purposes of data analysis, this research uses Winstep a software-based Rasch Modal measurement. Beside Cronbach alpha reliability, Rasch Measurement Model can provide the reliability of the item and respondent. Validity of data evaluated from various aspects, including the items and the respondent misfit, principal component analysis and rating scale. A total of 54 of the 64 items were identified contributed to delays in construction projects in Malaysia.Keywords: Validity; Reliability, Construction delay; Rasch analysis; Rating scale PENGENALAN Fenomena kelewatan dalam projek pembinaan menjadi satu perkara biasa dalam industri pembinaan. Di Malaysia kelewatan dalam projek pembinaan tidak asing lagi di kalangan pengamal industri pembinaan terutamanya projek pembinaan awam. Kajian mengenai kelewatan dalam projek pembinaan merupakan sebuah kajian yang telah lama dilakukan telah dilakukan sejak tahun 1985 lagi di Turki, dan berkembang sehingga kini ke negara-negara lain (Sepasgozar, Razkenari & Barati 2015). Walaupun pelbagai kajian kelewatan dilakukan oleh penyelidik daripada seluruh dunia, fenomena ini masih tidak dapat diselesaikan seperti ia tidak berpenghujung.Pelbagai kajian kelewatan dalam projek pembinaan telah dilakukan oleh penyelidik lepas di seluruh dunia, antaranya ialah Kaliba et al. (2009) telah melakukan kajian kelewatan di Republik Zambia, sebuah negara membangun. Kajian tersebut mengenal pasti punca dan kesan peningkatan kos dan kelewatan dalam penjadualan bagi projek pembinaan jalan raya di negara tersebut. Penyelidik tersebut telah mendapati proses pembayaran yang lambat, masalah kewangan dan kesukaran pada pihak kontraktor dan klien, pengubahsuaian kontrak, masalah kewangan, masalah perolehan bahan, perubahan dalam lukisan, masalah kakitangan, ketiadaan peralatan, penyeliaan yang lemah, kesilapan pembinaan, penyelarasan yang lemah di tapak, perubahan dalam spesifikasi bahan dan pertikaian dan masalah buruh telah menjadi punca utama kelewatan penyiapan projek pembinaan jalan raya di negara tersebut.