ABSTRAKMedia dan komunikasi boleh digunakan sebagai satu medium yang berkesan dalam penyebaran maklumat tentang isu kesihatan awam. Kajian tentang konteks dan penggunaan media dan komunikasi sebagai satu intervensi pencegahan mengenai kempen kesedaran kesihatan awam dirujuk masih terhad. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan media dan komunikasi dalam kempen kesedaran kesihatan awam di Malaysia. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan mixed methods research synthesis. Pangkalan data seperti ScienceDirect, Scopus dan Google Scholar diakses bagi pencarian sampel iaitu manuskrip jurnal yang berkaitan dengan kajian ini. Kata kunci seperti "media and communication" dan "public health" telah digunakan untuk mencari manuskrip jurnal yang diterbitkan dari tahun 2010 hingga 2015. Sejumlah 80 manuskrip jurnal ditemui, hanya 28 manuskrip jurnal dipilih berdasarkan kepada kesesuaian skop kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa media dan komunikasi dapat digunakan sebagai satu intervensi berkesan dalam; (1) menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang isu-isu kesihatan awam; (2) memupuk dan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pelbagai kesan masalah kesihatan awam; dan juga (3) mendidik sekaligus mengubah minda, persepsi, sikap serta tingkah laku masyarakat terhadap isu-isu kesihatan awam. Media dan komunikasi boleh digunakan sebagai satu intervensi untuk membentuk kesedaran tentang isu kesihatan awam. Dalam usaha mengurangkan masalah kesihatan awam seperti bahaya penyalahgunaan dadah serta kesan-kesan sampingannya, penggunaan saluran media dan komunikasi yang sesuai dilihat dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat. A mixed methods research synthesis approaches have been used in this study. Databases including ScienceDirect, Scopus and Google Scholar has been accessed to find a sample which is journal's manuscript that related with this research. Keywords such as "media and communication" and "public health" were used to search for journal's manuscript that were published from 2010 to 2015. A total of 80 journal's manuscript were found, only 28 manuscript were selected based on the suitability of the scope of study. Findings indicate that media and communication can be used as an effective intervention in (1) disseminating information to the public on public health issues; (2) to nurture and provide awareness to the community about the various effects associated with public health problems; as well as (3) to educate and change the mindset, perceptions, attitudes and behavior of the society on public health issues. Media and communication can be used as an intervention to create awareness on public health issues. In order to reduce public health problems, such as the danger of drug abuse and its side effects, the use of media and communication can help to raise public awareness.