Abstrak: Malay scholars had played a significant role in the Malay Archipelago's Islamization. Shaykh Abbas Kuta Karang is well-known in Aceh, Indonesia, as a 19th-century Malay scholar, religious figure, astronomer, warrior, and medicinal expert. His well-known Malay medical manuscript titled Al-Rahmah fi al-Tib wa al-Hikmah is one of his masterworks. It is one of the most important references for Malay medical practitioners. The paper objectives to (i) highlight a biography of Shaykh Abbas Kuta Karang and (ii) describe the writing methodology of the medical knowledge documented in this manuscript. This study employed a qualitative methodology and was conducted in the mode of library research. This study's data was collected from the manuscript, books, journals, and previous studies. Medical knowledge in Al-Rahmah fi al-Tib wa al-Hikmah consists of five chapters beginning with human anatomy (based on fire, wind, water, and soil fundamentals), types of food and medicine (grain, milk, meat, and fruit), preventive healthcare (healthy eating, drinking habit, body movements, and others), types, causes, and treatments for certain illnesses (hair loss, migraine, freckles, earache, tooth ache, and others), and types, causes, and treatments for general illnesses (fever, vertigo, stroke, semi paralysis, and many more).
Abstract: Para cendekiawan Melayu telah memainkan peranan yang penting dalam proses penyebaran agama Islam di Alam Melayu. Di Aceh, Indonesia, Shaykh Abbas Kuta Karang terkenal sebagai seorang cendekiawan Melayu, ulama, ahli astronomi, pahlawan dan pakar perubatan pada abad ke-19 Masihi. Manuskrip Al-Rahmah fi al-Tib wa al-Hikmah merupakan satu karya dalam bidang perubatan Melayu yang telah dihasilkan oleh beliau. Ia sangat terkenal dan dijadikan rujukan oleh para pengamal perubatan Melayu. Objektif kajian ini ialah untuk (i) mengkaji biografi Shaykh Abbas Kuta Karang, dan (ii) menghuraikan metodologi penulisan ilmu perubatan Melayu yang dicatat dalam manuskrip tersebut. Metodologi kualitatif telah diaplikasikan dalam kajian ini dan ia adalah berbentuk kajian kepustakaan. Data kajian diperolehi daripada manuskrip, buku-buku, jurnal, dan kajian terdahulu yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ilmu perubatan Melayu yang dibincangkan dalam Al-Rahmah fi al-Tib wa al-Hikmah terdiri daripada lima bab bermula dengan anatomi manusia (berdasarkan unsur api, angin, air dan tanah), jenis makanan dan ubatan (bijirin, susu, daging dan buah-buahan), penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit (kaedah pemakanan yang sihat, tabiat minum, pergerakan badan dan lain-lain), jenis, punca dan rawatan bagi penyakit khusus (rambut gugur, migrain, jeragat, sakit telinga, sakit gigi dan lain-lain) serta jenis, punca dan rawatan bagi penyakit umum (demam, vertigo, strok, separa lumpuh dan banyak lagi.)