Olfactory bulb and nasal mucosa are one of the sources for neural stem cell, including the superior and middle turbinates (MT). The middle and inferior turbinates (IT) provides the largest area of nasal mucosa which is technically easier to harvest the stem cell for future transplantation. The ability of nasal respiratory epithelial cells (RECs) and nasal fibroblasts (NFs) from both middle and inferior turbinates to differentiate into neural lineage (NL) cells were compared in this study. Six redundant human MT and IT from post-sinus surgery were digested and cultured. The RECs and NFs were separated and induced with neurotrophic factors of forskolin, human basic fibroblast growth factor (bFGF), platelet-derived growth factor-AA (PDGF-AA) and heregulin-β1-EGF-domain. Based on immunocytochemistry and quantitative PCR, the NL induced NFs of MT expressed GFAP, Nestin and P75 receptor. NL induced RECs from MT and IT expressed GFAP and Nestin but did not express the P75 receptor protein. Regarding the control, the non-induced RECs and fibroblasts expressed Nestin only. This study demonstrated that nasal mucosa cells from both IT and MT have the potential to differentiate into neural lineage cells even though the fibroblasts of MT are superior in term of quality. Hopefully, these tissues will provide better donor area with less morbidity for autologous or allograft transplantation in future neural regenerative medicine. ABSTRAK Salah satu sumber sel stem saraf adalah bebuli olfaktori dan mukosa hidung, terutamanya dalam turbinat superior dan tengah (MT). Walau bagaimanapun, turbinat tengah dan turbinat inferior (IT) menyediakan kawasan terbesar untuk mukosa hidung dan secara teknikal, lebih mudah untuk memperoleh sel untuk pemindahan pada masa hadapan. Dalam kajian ini, keupayaan sel epitelium pernafasan (RECs) dan fibroblas hidung (NFs) daripada kedua-dua turbinat untuk membezakan sel-sel seketurunan saraf (NL) telah dibandingkan. Enam sampel MT dan IT manusia yang berlebihan daripada pasca pembedahan sinus telah dicerna dan sel-sel yang diperoleh dikultur. RECs dan NFs dipisahkan dan diaruh dengan faktor neurotropik, iaitu forskolin, faktor pertumbuhan fibroblas asas manusia, faktor pertumbuhan yang diperoleh daripada platelet dan domain heregulin-β1-EGF. Berdasarkan imunositokimia dan tindak balas berantai polimerase kuantitatif, NL disebabkan MT yang diaruh mengekspreskan GFAP, Nestin dan reseptor P75. Pengaruhan NL menyebabkan RECs daripada MT dan IT mengekspreskan GFAP dan Nestin tetapi tidak mengekspreskan protein reseptor P75. RECs dan NFs yang tidak teraruh sebagai kawalan hanya mengekspreskan Nestin. Kajian ini menunjukkan bahawa sel mukosa hidung daripada kedua-dua IT dan MT mampu diaruh kepada sel-sel seketurunan saraf walaupun fibroblas MT didapati lebih sesuai daripada segi kualiti. Diharapkan tisu-tisu ini dapat memberikan kawasan penderma yang lebih baik dengan kurang morbiditi untuk transplantasi autologus atau alograf dalam perubatan regeneratif saraf pada masa depan.Kata kunci: Aruhan saraf; mukosa p...