“…Di peringkat global, iklim keselamatan telah dikaji sebagai faktor pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berupaya mempengaruhi gelagat selamat. Antara sektor pekerjaan yang terlibat ialah pembuatan (Clarke 2006;Paolillo, Silva, Carvalho, & Pasini, 2020), pemprosesan bahan kimia (Vinodkumar & Bhasi 2009;, pembinaan (Newaz, Davis, Jefferies, & Pillay, 2019;Choudhry, Fang & Mohamed, 2007) dan pendidikan (Marin et al, 2019;Salazar-Escoboza et al, 2020;Steward et al, 2016). Manakala di Malaysia, kajian berkaitan iklim keselamatan dan gelagat selamat banyak berfokus dalam sektor perindustrian (Bahari & Clarke, 2013;Zakaria, Che Hassan, Hamid, & Sukadarin, 2020), automotif (Rahlin, Omar, Muda, & Endut, 2013), pembuatan (Idris, Dollard, & Winefield, 2011) dan kesihatan (Abdullah, Spickett, Rumchev, & Dhaliwal, 2009;Loh, Idris, & Dollard, 2019).…”