“…Antaranya, kajian Amnah Zanariah dan Norzaini (2012) telah melaporkan bahawa terdapat lapan jenis stail berfikir dominan yang diamalkan dalam kalangan pelajar jururawat iaitu stail berfikir eksekutif, stail berfikir judisial, stail berfikir monarkik, stail berfikir oligarkik, stail berfikir anarkik, stail berfikir global, stail berfikir lokal dan stail berfikir konservatif dan dalam kajianOjha (2015) pula juga telah melaporkan bahawa stail berfikir hierarki, stail berfikir oligarki dan stail berfikir lokal yang diamalkan dalam kalangan remaja adalah berbeza antara daerah Odisha dan Chattisgarth, India, serta diikuti dengan kajian Handayani, Umah dan Utama (2019) yang telah melaporkan bahawa murid-murid adalah lebih dominan mengamalkan gaya berfikir liberal dan konservatif dalam pembelajaran matematik. Maka, ketiga-tiga dapatan kajian iaitu kajian Amnah Zanariah dan Norzaini (2012), kajianOjha (2015) dan kajianHandayani et al (2019) tersebut telah menyokong dapatan kajian ini secara tidak langsung. Tambahan pula, dapatan kajian ini juga adalah sealiran dengan dapatan kajian NajmiHayati et al (2021) dan kajian Hayati dan Noer (2021) yang telah melaporkan bahawa stail berfikir dominan murid dalam kursus bahasa Arab di Universiti Riau adalah stail berfikir monarkik, stail berfikir oligarkik, stail berfikir global, stail berfikir lokal, stail berfikir luaran dan stail berfikir konservatif serta diikuti dengan stail berfikir dominan murid dalam pembelajaran bahasa Arab di Ittihadul Muslim Islamic Boarding School, Kampung Pangkalan Pisang adalah stail berfikir eksekutif, stail berfikir judisial, stail berfikir monarkik, stail berfikir hirarkik, stail berfikir oligarkik, stail berfikir anarkik, stail berfikir luaran dan stail berfikir konservatif.…”