The final goal of this study is to make a modern systematic-based inventory of amylolytic bacterial isolates producing of bioplastic Poly-β-hydroxybutyrate (PHB) from sago starch substrate. The identity of three local bacterial isolates was examined in this study, using a polyphasic approach. A data set based on phenotypic characteristics, namely morphological, physiological, biochemical and chemical character, namely whole cells protein profiles using SDS-PAGE method, together with phylogenetic studies based on 16S rRNA sequences was used to identified by polyphasic approach. Phenotypic characteristics of 3 local bacterial isolates and 4 reference strains to members of genus Bacillus was analyzed by numerical analysis using MVSP 3,1 program to determine the value of similarity. Based on the preliminary characterization of the profile matching method showed that the three isolates of bacteria producing PHB namely PSA10, PPK5 and PPK6 are members of the genus Bacillus. The results of numerical analysis based on phenotypic characteristic and chemical character of the three bacterial isolates producing PHB with reference strains showed that the PSA10 isolate bacterial identical with Bacillus megaterium, PPK5 isolate identical with Bacillus subtilis and PPK6 isolate identical with Bacillus cereus, and these results also support by the molecular phylogenetic analysis. Therefore, the polyphasic taxonomy is an effective approach to uncover the identity of the novel bacterial isolates.
ABSTRAKMatlamat akhir kajian ini adalah untuk membuat inventori berasaskan sistematik moden daripada pencilan bakteria amilolisis yang menghasilkan bioplastik Poli-β-hidroksibutirat (PHB) daripada substrat kanji sagu. Identiti tiga pencilan bakteria tempatan telah diperiksa dalam kajian ini, menggunakan pendekatan polifasa. Satu set data berdasarkan ciriciri fenotip, iaitu sifat morfologi, fisiologi, biokimia dan kimia, iaitu profil protein sel keseluruhan menggunakan kaedah SDS-PAGE, bersama-sama dengan kajian filogenetik berdasarkan urutan 16S rRNA digunakan untuk mengenal pasti dengan pendekatan polifasa. Ciri-ciri fenotip 3 pencilan bakteria tempatan dan 4 rujukan kepada ahli genus Bacillus dianalisis dengan analisis berangka menggunakan MVSP 3,1 program untuk menentukan nilai keserupaan. Berdasarkan pencirian permulaan kaedah pencocokan profil menunjukkan bahawa tiga pencilan bakteria yang menghasilkan PHB iaitu PSA10, PPK5 dan PPK6 adalah ahli genus Bacillus. Hasil analisis berangka berdasarkan pencirian fenotip dan sifat kimia ketiga pencilan bakteria yang menghasilkan PHB dengan strain rujukan menunjukkan bahawa PSA10 seiras dengan Bacillus megaterium, PPK5 seiras dengan Bacillus subtilis dan PPK6 seiras dengan Bacillus cereus, dan keputusan ini juga disokong oleh analisis filogenetik molekul. Oleh itu, taksonomi polifasa adalah pendekatan yang berkesan untuk mendedahkan identiti novel pencilan bakteria.