Simple, facile and cost effective approach is used for the synthesis of Aspirin based silver oxide nano-particles (SONPs) by chemical wet method. The synthesized SONPs were loaded with Aspirin to form Asp-SONPs, which was confirmed with the help of UV spectroscopy. Characterization was done using spectroscopy techniques FTIR, SEM, TEM and XRD. Antimicrobial assay of Asp-SONPs were carried out against six bacterial strains (E. coli, Protues, Vibrio, Citrobacter, Enterobacter, S. aureus) and fungal strains (Curvularia, Alternaria, Rhizopus, Aspergillus, Helmithosporium, Paecilomyces) by well diffusion method which confirmed its potential application as an antimicrobial agent. Asp-SONPs-PVA also displayed highest insecticidal activity against both tested insects (Tribolium casterium and Callosobruchus chinensis) having LC 50 value of 15.917, and 37.6365 and highest percent mortality at 1000 ppm was 67%, and 73%, respectively. PVA coated SONPs displayed encouraging phytotoxicity when exposed to allopathic, where Asp-SONPs coated PVA give excellent anthelmintic activity by killing or paralyzing all the species (earthworm) at 1000 ppm.
ABSTRAKPendekatan yang mudah dan berkesan digunakan untuk mensintesis Aspirin berasaskan nanozarah perak beroksida (SONPs) dengan menggunakan kaedah kimia basah. SONPs tersintesis dengan Aspirin untuk membentuk Asp-SONPs, yang dikenal pasti dengan menggunakan Spektroskopi UV. Pencirian telah dilakukan menggunakan teknik spektroskopi iaitu FTIR, SEM, TEM dan XRD. Cerakinan antimikrob Asp-SONPs telah dijalankan terhadap enam strain bakteria (E. coli, Protues, Vibrio, Citrobacter, Enterobacter, S. aureus) dan strain kulat (Curvularia, Alternaria, Rhizopus, Aspergillus, Helmithosporium, Paecilomyces) dengan menggunakan kaedah resapan yang mengesahkan aplikasinya yang berpotensi sebagai agen antimikrob. Asp-SONPs-PVA juga menunjukkan aktiviti insektisid yang tertinggi terhadap kedua-dua serangga yang diuji (Tribolium casterium dan Callosobruchus chinensis) yang mempunyai nilai LC 50 iaitu 15.917 dan 37.6365 dan peratus kematian tertinggi pada 1000 ppm masing-masing adalah 67% dan 73%. SONPs bersalut PVA menunjukkan kefitotoksikan menggalakkan apabila terdedah kepada alopati dengan Asp-SONPs bersalut PVA memberi aktiviti antelmin cemerlang dengan membunuh atau melumpuhkan semua spesies (cacing tanah) pada 1000 ppm.