The rapid advancement and development of technology has created space and opportunities for students to explore different fields that make it easier for them to access information through mobile devices. There are unforeseen restrictions that will limit all movements in today's technological modernity, such as the Covid 19 pandemic issue that is afflicting the entire world. This pandemic issue has hampered all face-to-face learning processes, necessitating the use of online learning processes, including in the field of hadith. However, students are given less exposure to online learning. Students also beleive that internet network issues need to be addressed in their respective places. Therefore, the purpose of this study was conducted to examine student acceptance and use of m-learning towards the study of hadith. Data were collected using questionnaire and distributed to students of the Faculty of Quran & Sunnah Studies, USIM. Data were analyzed using descriptive statistics through Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software. The findings of the study showed that students received m-learning for use in the study of hadith. It is hoped that this study can provide ideas to researchers in technology and the field of hadith in the future.
Keyword: M-learning, Hadith studies, Technology, Covid 19
Abstrak
Pembangunan dan kemajuan teknologi yang pesat telah membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk menerokai pelbagai bidang yang memudahkan mereka untuk mengakses maklumat dengan menggunakan peranti mudah alih. Dalam meniti arus kemodenan teknologi hari ini, terdapat juga kekangan di luar dugaan yang akan membataskan segala pergerakan misalnya masalah pandemik Covid 19 yang sedang melanda seluruh dunia. Masalah pandemik ini telah membantutkan segala proses pembelajaran secara bersemuka dan perlu menggunakan proses pembelajaran secara talian termasuklah dalam bidang hadis. Malangnya pelajar kurang diberi pendedahan mengenai pembelajaran dalam talian. Pelajar juga berpendapat bahawa terdapat masalah rangkaian internet di tempat masing-masing. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji penerimaan pelajar dan penggunaan M-Pembelajaran terhadap pengajian hadis. Data dikumpulkan dengan menggunakan soalan kaji selidik dan diedarkan kepada pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Kesimpulan, dapatan kajian menunjukkan pelajar menerima M-Pembelajaran untuk digunakan dalam pengajian hadis. Justeru, diharapkan kajian ini dapat memberikan idea kepada pengkaji seterusnya dalam teknologi dan bidang hadis pada masa akan datang.
Kata kunci: M-Pembelajaran, Pengajian hadis, Teknologi, Covid 19