Haute Couture, with a history dating back to the 19th century during the reign of King Louis XIV in France, has played a significant role in shaping luxury brands like Christian Dior, Valentino, Chanel, and Fendi. This research adopts a qualitative, historical approach to examine the evolution of the Haute Couture industry and its enduring impact on the contemporary fashion landscape. The research was conducted by analyzing post-writings related to the concept, historical lineage, development, and contributions of Haute Couture to the current fashion industry. The findings reveal that while the Haute Couture industry faced challenges in preserving its original identity from the 19th century, its historical legacy continues to exert a profound influence and maintains a dedicated following among elites worldwide who value originality, exclusivity, and intricate craftsmanship. Future studies could consider this research as a pilot study for qualitative and comparative cultural investigations within the Haute Couture industry
ABSTRAK
Haute Couture merupakan sebuah industri fesyen yang berpengaruh besar dalam mewujudkan jenama mewah seperti Christian Dior, Valentino, Channel dan Fendi. Perkembangannya mengambil masa yang lama iaitu bermula sejak abad ke-19 semasa pemerintahan Raja Louis XIV di Perancis sehinggalah menjadi sebuah falsafah yang berkuasa dalam legasi fesyen dunia. Penyelidikan ini adalah bersifat kualitatif dalam mengkaji evolusi industri Haute Couture dan impaknya kepada industri fesyen pada hari ini. Kajian ini dijalankan dengan menganalisis pascapenulisan yang berkaitan dengan konsep, legasi sejarah, perkembangan dan sumbangan industri Haute Couture terhadap industri fesyen pada masa kini. Hasil kajian mendapati bahawa, penerimaan terhadap industri Haute Couture mengalami krisis dalam mengekalkan identiti asli yang diwarisi sejak dari abad ke-19 lagi, namun legasinya dalam sejarah fesyen masih kekal berkuasa dan mempunyai peminat yang tersendiri dalam kalangan golongan elit dari seluruh negara yang mementingkan hasil kerja tangan yang asli, ekslusif dan bercita rasa tinggi. Rekomendasi untuk kajian akan datang adalah sebagai kajian rintis bagi penyelidikan kualitatif dan perbandingan budaya dalam industri Haute Couture.