ABSTRAK
Kajian ini merupakan aplikasi pendekatan kalut ke atas peramalan siri masa bahan pencemar udara ozon di stesen asas Malaysia yang terletak di (2016) melaporkan bahawa pencemaran ozon meningkatkan kadar kematian kerana ia membawa kepada pelbagai penyakit pernafasan dan kardiovaskular. Oleh itu, pembangunan model peramalan ke atas siri masa bahan pencemar udara ozon adalah penting.Sifat sesebuah siri masa boleh dikelaskan kepada berketentuan atau rawak. Siri masa berketentuan adalah siri masa yang boleh diramal manakala siri masa rawak tidak boleh diramal. Sifat kalut berada antara sifat berketentuan dan rawak (Abarbanel 1996). Siri masa kalut boleh diramal; walau bagaimanapun, disebabkan oleh kebergantungan sensitif kepada keadaan awal, maka, bagi sesebuah siri masa kalut, hanya peramalan jangka pendek dibenarkan (Sprott 2003).Terdapat pelbagai pendekatan yang telah digunakan oleh kajian lepas untuk menguji sama ada siri masa ozon adalah kalut atau tidak. Menggunakan kaedah matra korelasi, kamiran kolerasi, entropi dan eksponen Lyapunov, kajian seperti Chattopadhyay dan Chattopadhyay Plot ruang fasa dan kaedah Cao (Cao 1997) dapat mengklasifikasikan sifat siri masa. Walau bagaimanapun, kaedah ini jarang digunakan ke atas siri masa ozon walaupun kedua-dua telah terbukti berkesan oleh kajian