ABSTRAKKajian terhadap frekuensi banjir dilakukan bagi kawasan Sungai Langat, Kajang, Selangor, Malaysia dengan menggunakan data maksimum tahunan yang diperoleh daripada data aliran sungai harian. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti taburan kebarangkalian terbaik bagi aliran sungai dan seterusnya menganggarkan tempoh pulangan banjir. Kajian ini mengaplikasikan kaedah L-momen untuk menganggarkan parameter kebarangkalian iaitu Gamma, LN3, GEV, PE3, GLO dan Kappa. Didapati taburan Kappa merupakan taburan terbaik setelah diuji menggunakan ujian kebagusan penyuaian. Oleh itu, taburan Kappa dipilih sebagai taburan yang paling sesuai bagi data siri maksimum tahunan untuk Sungai Langat, Kajang, Selangor. Seterusnya, nilai tempoh pulangan dapat dihitung dengan menggunakan parameter Kappa. Tempoh pulangan 2 tahun memberi nilai 49.09 m 3 /s, manakala tempoh pulangan 100 tahun memberi nilai 390.54 m 3 /s. Kata kunci: Aliran sungai; L-momen; taburan kebarangkalian; tempoh pulangan; ujian kebagusan penyuaian