“…Antaranya, hieroglif, cuneiform, teokrasi, piktograf, ideogram, papyrus, cap mohor, bandar terancang, mandat dari tuhan, jalan sutera dan sebagainya merupakan fakta, konsep dan maklumat sejarah yang sukar difahami oleh murid-murid dalam topik Tamadun Awal Dunia (PPK, 2003(PPK, , 2015. Kelemahan murid terhadap pencapaian pengetahuan sejarah juga dibuktikan dalam kajian-kajian lepas yang telah melaporkan bahawa muridmurid didapati masih sukar untuk menerangkan sesuatu fakta, konsep dan maklumat sejarah semula berdasarkan bukti yang sahih (De La Paz & Wissinger, 2014Fielding, 2015;Maheux & Roth, 2013;Monte-Sano, De La Paz & Fetton, 2014;Samuelsson, 2018;VanSledright & Frankes, 2000). Sungguhpun begitu, tidak dapat disangkal bahawa kelemahan murid dalam pengetahuan sejarah adalah disebabkan oleh amalan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru dan penghafalan maklumat sejarah (Cuban, 2016;Gleeson & D'Souza, 2016;Grant, Lee & Swan, 2017;Parkes & Donnelly, 2014; Van Hover & Yeager, 2004;Veuren, 1995).…”