“…Berdasarkan kajian-kajian lepas, rintangan yang dihadapi oleh golongan OKU di mahkamah boleh dibahagikan mengikut tema persamaan pada jenis halangan tersebut. Antaranya ialah halangan fizikal, halangan organisasi, halangan prosedur, dan halangan sikap dan kesedaran (Schwartz & Elder, 2018;Beqiraj, Mcnamara, & Wicks, 2017;Edwards, Harold, & Kilcommins, 2012). Olsen dan Kermit (2015) pula telah meletakkan halangan organisasi, halangan prosedur, dan halangan sikap dan kesedaran bawah satu tema iaitu halangan budaya dan sosial sebagai kategori yang pertama, di samping halangan fizikal sebagai kategori yang kedua.…”