Abstrak-Sebanyak 13 spesies fosil ammonoid berusia Trias Tengah telah ditemui dari dua singkapan batuan sedimen Formasi Telong. Singkapan-singkapan ini terletak dalam Felda Aring 5, di sepanjang jalanraya yang menghubungi Bandar Gua Musang dan Kuala Berang. Lokaliti-lokaliti ini mengandungi dua himpunan ammonoid yang boleh dikorelasikan dengan Zon Ammonoid Piawai bagi rantau Tethys. Lokaliti QZ480 mengandungi empat spesies ammonoid iaitu Balatonites cf. B. balatonicus, Danubites kansa, Kellnerites samneuensis, Hollandites sp. dan Acrocordiceras sp., manakala lokaliti QZ467 pula mengandungi lapan spesies iaitu Frankites regoledanus, Frankites apertus, Celtites epolensis, Clionitites sp., Protrachyceras costulatum, Anolcites sp., Joannites sp. dan Megaphyllites jarbas. Secara biostratigrafinya, himpunan ammonoid lokaliti QZ480 mencirikan Subzon Balatonicus bagi Zon Balatonites yang berusia Anisian tengah manakala himpunan ammonoid lokaliti QZ467 pula mencirikan Subzon Regoledanus bagi Zon Protrachyceras yang berusia akhir Ladinian. Berdasarkan korelasi, kajian ini menyokong idea yang menyatakan bahawa kawasan kajian yang boleh dikorelasikan dengan Lembangan Trias Lampang-Phrae terletak dalam Terain Sukhothai dalam Blok Shan-Thai kepunyaan mandala Cathaysian. Himpunan-himpunan fosil ammonoid ini mempunyai nilai warisan saintifik yang tinggi khususnya dalam peranannya sebagai penanda usia yang baik pada zaman Trias.Abstract-Some 13 species of Middle Triassic ammonoid fossils were discovered from two outcrops of sedimentary rocks belonging to the Telong Formation. The outcrops are located within the Felda Aring 5, along the road connecting Gua Musang Town and Kuala Berang. These two localities contained two ammonoid assemblages that are correlatable with the Standard Ammonoid Zone of the Tethyan region. Locality QZ480 contains four ammonoid species i.e. Balatonites cf.