Non-destructive test which refers to electrical resistivity method is recently popular in engineering
Ujian tak musnah yang merujuk kepada kaedah kerintangan elektrik semakin banyak digunakan dalam kajian kejuruteraan, alam sekitar, arkeologi dan perlombongan. Berdasarkan kajian terdahulu, interpretasi keputusan kerintangan elektrik sering diperdebatkan disebabkan kekurangan bukti kajian dalam perspektif kuantitatif. Kebiasaannya interpretasi keputusan kerintangan elektrik banyak bergantung kepada perspektif kualitatif justeru berkemungkinan besar berisiko tinggi untuk menghasilkan keputusan yang salah. Maka, kajian ini telah menjalankan uji kaji makmal kerintangan elektrik tanah disokong oleh uji kaji sifat asas fizikal tanah seperti uji kaji taburan saiz zarah (d), kandungan lembapan (w), ketumpatan (ρ bulk ) dan had Atterberg (LL, PL dan PI). Uji kaji dijalankan untuk menghasilkan satu siri nilai kerintangan elektrik (ERV) berdasarkan kuantiti air yang berbeza terhadap lempung berkelodak dan kelodak berpasir dalam keadaan longgar dan juga mampat. Hasil keputusan menunjukkan nilai kerintangan tanah adalah berbeza dalam keadaan longgar (L) dan mampat (C) serta variasi kandungan air dan juga ketumpatan (pasir berkelodak = ERV = 638.8ρ -0.418 , w (D) = 1397.1ρ -0.574