ABSTRAKHiperlipiedmia adalah keadaan paras lipid tinggi dalam plasma dan sering dikaitkan dengan pemendapan titisan lipid dalam aorta yang menyebabkan kejadian aterosklerosis. Aterosklerosis adalah penyakit kardiovaskular yang bermula dengan pembentukan sel-sel busa di dalam dinding vascular, seterusnya menyebabkan aliran darah bergelora, kecederaan pada lapisan endotelial dan trombosis pada pembuluh darah. Sejak awal 1980-an, hamster Golden-Syrian telah digunakan secara meluas sebagai model haiwan dalam penyelidikan hiperlipiedmia dan aterosklerosis. Penggunaan hamster sebagai model hiperlipiedmia dan aterosklerosis adalah kerana profil lipoprotein mereka yang lebih dekat dengan penetapan manusia, sensitif terhadap diet tinggi-lemak tinggi-kolesterol (TLTK) dan model roden yang sesuai. Aterosklerosis boleh dicetus ke atas hamster melalui cabaran diet TLTK. Selama beberapa dekad, minyak kelapa (MK) biasa digunakan sebagai sumber lemak dalam reka bentuk diet berkomposisi asid lemak tepu tinggi (ALT). Dalam ulasan ini, kami merumuskan literatur yang diterbitkan dengan reka bentuk yang melibatkan MK-dan kolesterol-cetusan hiperlipidmia, aterosklerosis atau kedua-duanya. Faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi kebolehan campuran MK dan kolesterol untuk menggalakkan hiperlipiedmia seperti tempoh diet, jenis hamster dan jumlah pemakanan akan dinilai dan diringkaskan.
ABSTRACTHyperlipidemia is a condition of high lipid levels in the plasma and often linked with the deposition of lipid droplets in the aorta which initiate the progression of atherosclerosis. Atherosclerosis is a common cardiovascular disorder initiated by the formation of foams cells in the vascular wall which leads to turbulent blood flow, injury to the endothelial layer and subsequent vascular thrombosis. Since the early 1980's, Golden-Syrian hamsters have been widely used as an animal model in the research of hyperlipidemia and atherosclerosis. The use of hamsters in the hyperlipidemic and atherosclerotic model is due to their lipoprotein profile that is closer to human setting, sensitive to high-fat high-cholesterol (HFHC) diet and a suitable rodent model. Atherosclerosis can be induced in hamsters through dietary challenge with HFHC diet. Over the decades, coconut oil (CNO) was commonly used as the source of fat in the diet design of high saturated fatty acids (SFA) composition. In this review, we summarized published literature with designs involving CNO plus cholesterol-induced hyperlipidemia, atherosclerosis or both. The factors that may influence the ability of CNO and cholesterol combination to induce hyperlipidemia such as the period of dietary intervention, hamster strains and the dietary amount were evaluated and summarized.