“…Rentetan daripada itu, bagi menyahut perubahan dalam amalan kaedah pengajaran yang berpusatkan murid yang membolehkan murid dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan kemahiran pemikiran kritis yang berguna pada masa hadapan (Abdul Razaq Ahmad, 2014; Lezah @ Lejah Kiamsin & Rosy Talin, 2018;Ummadevi Suppiah, 2018), maka kaedah pembelajaran Document-Based Lessons adalah antara strategi pembelajaran yang berpotensi dilaksanakan dalam proses pembelajaran sejarah dalam membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana pelaksanaan kaedah pembelajaran Document-Based Lessons dilaporkan telah memaparkan impak positif dari aspek penjanaan pemahaman sejarah, peningkatan kemahiran literasi bacaan, perubahan peranan dan minat terhadap proses pembelajaran sejarah, pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi, penaakulan sejarah, penulisan hujah sejarah, kemahiran belajar dan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran (Macedo-Rouet, Braasch, Britt & Rouet, 2013;Neuman, Gilberston & Hutton, 2014;Nokes, Dole & Hacker, 2007;Reisman, 2012aReisman, , 2012bVeijola & Rantala, 2018;Nokes, 2014Nokes, , 2017Rouet-Franqois, Favart, Britt & Ferfetti, 1997;Patterson, Lucas & Kithinji, 2012;Stovel, 2000;Wiley & Voss, 1999;Linquist & Long, 2011).…”