Penggunaan Gas Asli Termampat (CNCNG) untuk kenderaan telah membuktikan penambahbaikan terhadap kualiti emisi kenderaan, pengurangan kebergantungan ke atas bahan api utama dan meningkatkan hayat minyak pelincir. Kejayaan penggunaan CNCNG ke atas motorsikal Kriss Modenas 110cc telah dibuktikan oleh penyelidik terdahulu. Penyelidikan terkini dijalankan bagi memperbaiki pengatur tekanan yang merupakan komponen kritikal di dalam sistem bahan api CNG. Beberapa kelemahan yang dikenal pasti ke atas unit pengatur tekanan yang terdahulu telah menyebabkan keperluan yang mendesak bagi kajian ini. Ia dimulakan dengan pemahaman yang komprehensif terhadap sistem pengatur tekanan. Parameter reka bentuk yang kritikal dipilih dengan rapi dan dioptimumkan secara bersesuaian bagi meningkatkan keupayaan prototaip yang dihasilkan. Aliran di dalam pengatur tekanan dioptimumkan menggunakan FLUENTTM manakala integriti struktur disokong oleh peraturan Kesatuan Jurutera Mekanikal Amerika (ASME) di bawah kod dandang tekanan ASME Seksyen VIII Bahagian 1 dan piawaian berkaitan pengikat bebenang. Pembuatan prototaip dibina melalui hasil penemuan dan analisis ke atas kaedah reka bentuk dengan menggunakan teknik pemesinan yang bersesuaian. Prestasi prototaip dapat dikenal pasti dengan menggunakan meja ujian yang dibangunkan khusus.
Kata kunci: NGV, enjin dwi–bahan api; penggunaan bahan api; emisi eksoz; pengatur tekanan
The use of Compressed Natural Gas (CNCNG) for vehicle has proved to improve emission quality, reduces dependency on mainstream fuels and increase lubrication oil lifespan. The successful utilization of CNG on the Kriss Modenas 110cc has been proven by previous researcher. The current study is carried out in the attempt to improve the pressure regulator which is deemed crucial in the CNG fuel system. Various drawbacks of the previously implied unit prove the need for this study. This study begins with a comprehensive understanding of the pressure regulation system. Critical design parameters are carefully selected and optimized accordingly to enhance the final prototype. The flow within the regulator is optimized using FLUENTTM while the structural integrity is backed by American Society of Mechanical Engineer (ASME) pressure vessel code ASME Section VIII Division 1 and related standards on threaded fasteners. The fabrication of the prototype has been formulated from findings and analysis on the design methodology using suitable machining techniques. The performance of the final prototype is obtained from the specially developed pressure regulator test bench.
Key words: NGV; bi–fuel engine; fuel consumption; exhaust emission; pressure regulation